Wednesday, 30 May 2012

wordless wednesday

Assalamualaikum..



dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Tuesday, 29 May 2012

Fakta tentang COKLAT! sape tak bace rugi~

Assalamualaikum..


duk tengah makan coklat daim ngn kisses ni, tetibe plak dapat idea nak buat entry pasal coklat.
apalagi bergegas lah aku cari maklumat kat mr google..
for sure sape makan coklat ni untung! tak caya? ce bace yang kat bawah ni.
okay aku dah rumuskan dan make it simple,so hasilnye~

COKLAT tidak menggemukkan. 
--> dengan syarat makan dengan kuantiti yang sederhana, 

COKLAT tidak menyebabkan jerawat.
--> ada yang cakap coklat ni boleh buat kita ade jerawat. nak tau tak itu statement yang SALAH same sekali, so lepas ni korang tak payah lah tahan-tahan dari nak makan coklat,makan je!!

COKLAT tidak menyebabkan karies gigi / sakit gigi.
--> kalau korang sakit gigi janganlah salah kan coklat, kalau nak tahu dalam coklat ni ade acid oksalik ia dapat mengurangkan pengeluaran acid.

COKLAT memberikan tenaga.
--> ini fakta! sebab coklat mengandungi teobromina alkaloid yang sangat serupa dengan kafein dan phenylethylamine, so sape-sape yang aktif bersukan korang juga boleh makan coklat untuk menghasilkan tenaga yang lebih banyak lagi.

COKLAT tidak sebabkan sakit jantung.
--> coklat mengandungi antioksidan,dikenali sebagai fenol yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein.

COKLAT boleh menghilangkan stress.
--> coklat mempunyai kaitan dengan emosi manusia. ia bole mengurangka rasa marah dan juga boleh jadi teman tika kesedihan. so kalau korang tengah sedih makan je banyak-banyak coklat nanti boleh tersenyum kembali :)

Okay ni lah serba sedikit pasal fakta COKLAT . kalau saye ade silap mohon maaf ye :)
untuk korang yang selama ni ingat coklat ni memudaratkan,lepas ni korang dah boleh think positif lah ye. COKLAT baik untuk kesihatan kita juga tau.

kejap2x.
ade lagi fakta yang aku nak kongsi kan,ce usha bawah ni

makanan ruji bagi rakyat malaysia adalah nasi TAPI makanan ruji untuk rakyat mexico selatan adalah COKLAT. Wo0w, macam tak caye kan? tapi itu lah hakikatnye :)








dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Sunday, 27 May 2012

hatiku suam suam kuku!!

Assalamualaikum..

yuhuuuuu,, hati aku tengah suam-suam kuku ni dek kerana mukebuku yang macam haremm tu,,haisshh..
awat tah malam ni tibe tibe je tak bole like + komen, chat boleh plak tu,. kan serabai namenye tu..
hmm bia pi lah,tengok jelah bpe minit 'die' nak merajuk dengan aku, bagus jugak kan 'die' kong boleh jugak aku update blog ni..haha..
ni namenye mencari kesempatan dalam kesempitan,,huahuahua~

asyik asyik keluar tulisan ni joo~
'Sorry, your comment could not be added at this time. Please try again later'

so care terbaik aku log out!!






dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Saturday, 26 May 2012

Sentapp makk!!

Assalamualaikum..

hyepp uollss,
fuhhh rasanya sekarang baru boleh bernafas dengan tenang kot,seriously 3 mggu berturut-turut ni macam kurang rehat.. Besar betul cabaran masuk pra-u a.k.a f6 ni kan?
penat gile woo, so hari jumaat lepas 18/5 aku pegi release tension dekat LANGKAWI!! haha.
see gile tension kan aku smpai pegi langkawi? haha~~
takdelah aku tipu je bukan release tension pun, just teman parents aku jee,iyolah sekecik tu ikut memang tak menang tangan lah kalau ibu aku jage,.hehe
actlly ikut rombongan sdare aku pegi langkawi,memandangkan adek2 aku ade exam plus abg aku ade keje so dengan hati yang terbuka aku join jelah trip tu :) 
'rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari'

aku pegi kire 4 hari 3 malam (1 hri tdo dlm bas) haha..
hari isnin tu aku tak sekolah,yelah 8 pg baru naik feri then smpai jb dalam kol 3 pg (selase). BUT hari selase aku pegi sekolah ehh! HAHA~ walaupu penat =.=
tapi takpelah janji aku dpt release tension skit,,hehe..
 jom cekidauttt gamba2 kat bawah ni...


tenang je kan tengok air tu?



kalau korg tengok betul nmpk macam muke red indian, klu korg nak tgok lg dekat ce usha SINI



tempat ombak rindu berlakon <-- pemandu bot tu yg ckp lah..

name ikan pari ni fatimah! hehe..serious mmg name dy fatimah pelancong dari arab yg bagi,

kalau panggil je name fatimah dy akan naik,so ape lg sempatlah aku pegang,kulit dy kasar woo, tapi korg jangan takut nilah satu2nye ikan yang takde gigi,,hehe

nampak tak??besarkan ikan tu..ikan ni tak bole nampak wrne putih cnfirm dy bahamnye..


lepastu pegi gua kelawar,bnyk kot kelawarnye,.tapi syg tak bole amek gamba kt sne,,huhu




lepastu naik cabel car,yeahhh

subhanaallah, cantiknye :)





sentap mak. HAHA~~

sebenarnye banyak lagi gamba tapi aku dah short list kan,,haha.. gamba aku tak banyak asbab jd photograher tak bertauliah utk makcik2 aku,,hehe :)

so happy holiday uollss :)












dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Thursday, 24 May 2012

SEGMEN NASZ : BLOGLIST NASZ JUN 2012

Assalamualaikum..


Rase macam dah lame tak join mane2 segmen,so malam ni nak join segmen abg naser..
Yokk join segmen ni,
sila klik SINI

-sah hingga 26 mei 2012-
-11 malam-


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Thursday, 17 May 2012

the zoo vs danga bay~

Assalamualaikum,

malas nak type so tengok jelah gambar2 kat bwh ni :D




berani mati amek gamba si ensem ni celah2 batu..haha~

fokus yang kat belakang tu! nampak tak dorg tengah bergurau dgn si ensem,,perghh!!

kene kiss dgn unta padang pasir lahh,,hihi

tak jadi :(

albino? jeng jeng!

manje giloss bdk kecik ni!


tu bukan senyum sinis k!! ni senyum alah kadar,,huahua~

semangat betuii bercerita~


i like diss :)





p/s : janji update!! hihi








dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Wednesday, 16 May 2012

selamat hari guru :)

Assalamualaikum..

yuhuuu,, hari ni 16 mei kan2x??
of cos lah sume tahu ade ape dgn tarikh ni,,huhu.
oraitt aku nak ucapkan selamat hari guru untuk mereka yang bergelar guru, lebih-lebih lagi kepada guru saye dari tadika kemas, sk taman selesa jaya, sk taman skudai baru 2, smk taman selesa jaya 2 n sekolah baru smk taman mutiara rini (bnyk kan sekolah aku?) dr tadika smpai skrg (f6)...
terima kasih sangat2, sebab tanpa jemu mndidik diri ini dr 0 till infinity, bukanlah nak ckp diri ni baik sgt tapi alhamdulillah didikan dr mereka aku ni jadi manusia lah jugak,,hehe..
 tanpe kalian siapalah saya
jasa kalian tiada ternilai, semoga kalian menjadi pendidik yag berjaya :)

saya SAYANG cikgu2 saya ♥♥

ni kenangan tahun last sambut hari guru dekat sekolah smk taman selesa jaya 2 :)
kenangan paling terindah









dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Sunday, 13 May 2012

SELAMAT HARI IBU :)

Assalamualaikum..

haloouuu,. aku nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada mereka yang bergelar ibu,mama,mak,mummy,umi..

dah tentu lah SELAMAT HARI IBU untuk ibuku tersayang NORMALA BT ARSAD
-semoga ibu sentiasa diberkati dan dlindungi Allah-
-semoga ibu sentiase di beri kesihatan yang baik-

angah sayang ibu sangat ♥ 

ibu punye rendang ayam memang terbaiklah :)

ni lah ibuku yang tersayang :)


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

CONTEST KE 2 HAZWAN HAIRY

Assalamualaikum..

contest ni lain dari lain tau, sebab dpt SIJIL tuuu :)
yokk join sekali klik SINI


SLOGAN
_
_
saya suka membaca kerana setiap buku mempunyai warna-warni penulisan serta dapat meningkatkan perbendaharaan kata.








dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Wednesday, 9 May 2012

wordless wednesday

Assalamualaikum..



dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Monday, 7 May 2012

persediaan metal dan fizikal!!

Assalamualaikum..

hyepp ebribadi, nasib baik line okay,
almaklumlah skrg ramai yang nak check kputusan upu kan..
keputusan upu aku?
hmm agak menghampa sikit.

Tapi takpe semua yang terjadi pasti ade hikmahnye dan aku pun dah buat solat istikharah dan alhamdulillah jawapannye STPM :)


exicted ni esok nak pegi daftar f6 yelah situasi baru sebab sekolah baru kan,,huhu..
so aku masih sekolah lagi,,yeahhh~~
(awek muda gitu)haha~

dalam happy aku nak sambung sekolah balik ade jugak terselit rase takut..
iyolah STPM kot,ramai yang cakap tough giloss,,
so dari sekarang dah kene kuatkan mental dan fizikal,
lepasni aku jadi budak ulat buku lah dah tak bole dah ulat novel..HAHA~~

pape pun gud luck utk sume yang nak melanjutkan pelajaran,,
all de best ebribadisss,
doakan aku berjaya yaww :)



dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Thursday, 3 May 2012

Kyna kata #3

Assalamualaikum..

1001 KEBAIKAN akan datang jika disusuli dengan NAWAITU yang BAIK.


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Wednesday, 2 May 2012

Giveaway Buku PTS Pilihan saya

Assalamulaikum..


nak join? Klik SINI
mood tgah happy tu yg join giveaway ni sebab hadiahnye buku2 PTS,weewee :)
apelagi join jgn tak join,,hehe

buku PTS pilihan kyna-->


Kisah pejuang yang membebaskan Baitulmuqaddis. Panglima yang berjiwa besar dan tidak pernah gusar dengan apa pun. Menghancurkan semua penghalang namun tetap lembut pada yang lemah. Inilah novel yang mengisahkan kisah beliau.
Kisah pejuang yang membebaskan Baitulmuqaddis. Panglima yang berjiwa besar dan tidak pernah gusar dengan apa pun. Menghancurkan semua penghalang namun tetap lembut pada yang lemah. Inilah novel yang mengisahkan kisah beliau.


Ruwayda, seorang gadis yang dikurniakan dengan kecerdasan istimewa, lahir dari keluarga yang kaya, tiba-tiba perlu berhadapan dengan kenyataan pahit yang menimpa keluarganya. Ayahnya bankrap! Cita-citanya mahu menjadi mahasiswi terkandas. Hampir setiap hari ibu bapanya bertengkar kerana hutang. Jiwa Ruwayda goncang. Kebankrapan memporak-perandakan keharmonian cinta ayah dan ibunya.
Di atas tanah perkuburan Paponan di daerah Parakan, Ruwayda berada pada tahap jiwa yang kritikal! Antara menjadi pelacur supaya mendapat wang cepat atau mengakhiri hidup yang penuh sengsara. Hilang pesona imannya sebagai muslimah gara-gara belenggu wang, cinta, harga diri dan kebahagiaan.
Novel Islami ini penuh dengan pergolakan jati diri seorang gadis yang mencari jalan hidup, cinta, dan imannya. Sebuah novel yang penuh plot, ketegangan, getaran, kasih sayang, sekali gus air mata….


Mustafa Kamal Ataturk adalah bapa sekularisme Turki. Lelaki yang memusnahkan institusi khalifah Islam. Dia lelaki yang membawa Barat ke Turki dengan menolak Islam. Dia lelaki yang memberi kisah, untuk kita renungkan, bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia menjadi matlamat.

soal jawab berkenaan isu semasa.


Kisah isnpirasi selepas tsunami di Acheh. Sebuah kisah kehidupan yang diceritakan daripada pandangan seorang anak perempuan yang berumur 6 tahun.
Delisa anak erempuan bermata hijau, bening, dan umurnya baru mencecah lima tahun. Dia hidup dalam keluarga yang sentiasa membuatnya tersenyum ceria. Dalam suasana keluarganya yang sebegitu, dia cuba menghafal bacaan dalam solat dengan bantuan ibu dan kakaknya.
Namun Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya. Tsunami datang melumatkan senyuman pada wajah Delisa. Tsunami mengambil segala-galanya, keluarga juga kaki kecilnya. Yang tersisa, hanya dia dan ayahnya, dan dalam keadaan sebegitu, apakah Delisa mampu tersenyum seperti dahulu dan menyudahkan hafalannya?

kalau ade rezeki nak bace buku2 ni,InsyaAllah :)


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)