Monday, 29 October 2012

Fenomena seorang PELAJAR


Assalamualaikum w.b.t

Kadang-kadang sebagai seorang pelajar kita ni belajar ikut cara tersendiri. Ada yang study awal-awal lagi sebab nak exam besar cth spm,STPM atau final sem kan. Tu yang ada istilah ' don't study hard,but study smart'.

Perasan tak student sekarang ni kekadang suke study last minute. macam akulah,,hihihi. Rasa-rasanya berkesan tak ek cara last minute ni? Ni dari sudut pandangan akulah kadang-kadang study last minute berkesan tapi ada bahayanya juga. Rasanya orang yang ade migrain ni tak boleh kot ikut care ni takut kesihatan terganggu.huhu. Dan bagi aku cara ni untuk orang2 tertentu je. aku kadang study subjek sejarah memang cara ni paling mujarab..haha. tapi nak STPM ni takut juga nak study last minute takut sawan buih biru dalam dewan nanti..haha


So aku nak kongsikan tip yang aku bace dari langitilahi.com moga kita boleh jadikan petua dalam menghadapi peperiksaan. InsyaAllah :D




Last minute, di penghujung masa atau tidak punyai harapan bukanlah suatu yang berbau negatif atau pasif. Walau bagaimana pun persiapan dan persediaan kita – setiap saat yang ada adalah sangat-sangat berharga! Kerana itu, strategi yang baik perlu digerakan agar study last minute boleh kita manfaatkan walaupun kita ini kaki study dan ulat buku.
Apakah strategi tersebut? Saya kongsikan beberapa langkah yang dicedok daripada ahli-ahli studi yang pakar serta terbukti kejayaan mereka. Antaranya :

(1) Enjoy the moment!
“ Jadikan peperiksaan sebahagian daripada hidup anda!”
Rasailah, hayatilah dan bergembiralah dengan musim peperiksaan anda! Secara logiknya, sememang sukar bagi kita untuk merasai seronok dengan peperiksaan. Tetapi, asas inilah yang harus kita letakan di minda dan jiwa.
“ Perlu rasa ghairah, gembira dan seronok untuk melaluinya!.”
Jika mindsetting sebegini menjadi  asas kita dalam belajar, insyaAllah – kita akan bertindak dengan bijak dan bersistematik. Tiada lagi tension, gerun, takut dan sebagainya dalam menempuhi peperiksaan!

(2) Fokus, fokus dan fokus
Apa itu fokus?
Saya bersembang dengan seorang sahabat saya, katanya – fokus ibaratnya sebegini :
“ Kamu pegang sekeping talam yang dipenuhi air di dalamnya, perlu membawanya dari satu tempat ke satu tempat tanpa membiarkan walaupun setitis air tumpah ke bawah.”
Kita akan penuh berhati-hati menatang talam tersebut sambil langkahan kaki yang cermat, halus dan tulus. Diri amat-amat tenang dan aman. Serta tiada terburu-buru lagi kalut!
Maknanya – kita harus teliti, memberi 100 % perhatian dan tentunya ada strategi yang praktikal. Boleh kan?

(3)Study Group yang berkesan
Seterusnya, belajar dan buat ulangkaji secara berkumpulan. Mudah sahaja saya ingin sebut tentangnya. Kunci utama kepada study group ialah keberkatan!
Kenapa?
Di sini, wujudnya semangat bantu-membantu, tolong-menolong dan bekerjasama. Bayangkan – suasana gembira, harmoni dan tolak ansur yang sangat baik akan mewarnai perjalanan study group kita jika semuanya bersepakat dan satu hati. Justeru, amat malang bagi mereka yang belajar tetapi tidak pernah ada study group.
Malang dan sangat malang!

(4) Latih tubi yang berterusan
Saat-saat akhir juga, amat penting untuk membiasakan kita dengan format-format kertas peperiksaan dan teknik menjawab. Latih tubi soalan-soalan yang lepas adalah kaedah ulangkaji yang terbaik, praktikal dan menepati suasana musim peperiksaan.
Akar dan dasarnya : – Kita buat, buat dan terus buat latih tubi sehingga kita selesa, yakin dan mampu meramal bentuk-bentuk soalan yang mendatang. Itulah kesan dan hasilannya, Insya-Allah.

(5) Minta keampunan daripada Allah SWT
Musim-musim peperiksaan ini, disamping sibuk dengan studi, ulangkaji dan sebagainya – usahlah kita lupa kepada Sang Maha Kuasa yang menentukan segalanya.
Banyakan memohon keampunan kepada Allah SWT di atas segala kelalaian, kesalahan dan kesilapan kita. Walaupun, kita rasa kita tidak berbuat salah! Sememangnya, kita ini hamba Allah SWT yang banyak dosa dan bintik-bintik hitam di hati.
Solat taubat sebanyaknya dan lazimi istighfar setiap masa dan ketika. InsyaAllah.

(6) Doa, Solat Hajat dan Tawakkal kepada Allah SWT.
Akhirnya, tidak dapat tidak – Kita harus kembali kepada Allah SWT. Sebagai hamba Allah SWT yang lemah, kecil dan kerdil kita perlu mendekati-Nya setiap masa dan ketika.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Wahai umat manusia, kamulah Yang sentiasa memerlukan  kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”
( Al-Fatir 35 : 15)
Solat hajat kita perkasakan, doa dilabuhkan sentiasa dan hubungan sifat tawakkal kita kepada Allah SWT dengan usaha yang semaksima.

Penutup : Alangkah Untungnya Kita
Berbahagia dan beruntunglah kita jika kita telah berusaha semaksima dan bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik. Yakinlah Allah SWT, akan memandang setiap titik peluh kita serta segala usaha untuk memetik kejayaan di penghujungnya.
Jika kita memperolehi kemenangan dan kejayaan yang cemerlang, – Alhamdulillah – bersyukurlah. Jika sebaliknya, – bersabar dan redhalah – kerana tiadalah istilah kegagalan, kecuali Allah SWT tangguhkan kejayaan sementara  waktu agar kita terus berusaha dan berusaha.
Ketahuilah, melalui usaha ini – terdapat banyak pahala dan ganjaran daripada Allah SWT. Itulah Rabb yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
————
Formula Kita :
Usaha maksima + Strategi berkesan + Doa Tawakkal berterusan = Kejayaan Digenggam^^


* Tuntasnya : semua orang ada cara tersendiri untuk study,so kita kene ikutlah gerak hati kita lebih prefer untuk cara study mana yang berkesan. sekadar perkongsian,kalau ada yang salah mohon maaf :)


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

0 orang sedang mengayat!: