Tuesday, 31 December 2013

Farewell 2013!

Assalamualaikum..

Heloo kaki blogger semua *lambai-lambai..

Tiba-tiba boleh lupa esok dah tahun baru, woww 2014! umur dah mula tukar angka yang menakutkan..haha. Sebelum aku nak say goodbye untuk tahun 2013, aku nak throwback apa yang dah jadi sepanjang 2013 ni tak kisahlah berduka cita mahupun suka cita. Ehh? haha. Nak mula mana satu dulu? cerita sedih atau yang seronok-seronok je? Takpe aku tolong pilihkan, korang lambat sangat fikir,hehe...


Memori Sedihhhh :'(

MS I 

Okay sepanjang tahun 2013 aku masih pelajar STPM lagilah kan. Apa ek perkara yang sedih sepanjang tahun 2013 ni? Haa yang sedihnya aku kena kurangkan buat hobi-hobi aku, contohnya : baca novel, layan drama, RUNNING MAN !! Biasalah belajar dari kesilapan lampau kalau tak, tak ingat dunia. Alasannya cuma satu sebab tak dapat result yang baik masa sem 1 just dapat pointer 2.7 so nekadlah nak berubah.  

MS II

Haa yang ni memang paling sedihlah. Apa korang rasa kalau last minit korang punya projek or thesis kena tukar? Sedihkan? Ingat lagi masa ni kawan-kawan aku bagitahu aku sehari sebelum birthday aku, ingat dorang nak bam bam boom aku ke apa. Sekali betul eh? memang rasa nak terjun tilam masa tu jugak..haha.. Kenapa kena tukar last minit? cikgu dapat salah format untuk pbs kiteorang so apa lagi satu kelaslah kena buat balik semula...Redha jelah masa tu demi masa depan yang cemerlang,gemilang dan terbilang..Ecehh

MS III

Berita paling sedih 2013 ni lah, tetiba dapat tahu cikgu ros dapat pindah KL perghh time tu terus kaku aku dibuatnya. Bayangkan dari form 2 kenal dengan cikgu ros sampai sempatlah jugak aku drive kereta cikgu (nak jugak),hahaha,  aku dah anggap cikgu ros macam kakak sendiri, memang antara cikgu yang baik dan penyayang kat sekolah TSJ 2. Even aku dah keluar sekolah tu sebab aku form 6 kena sekolah lain tapi kiteorang still keep in touch, keluar jalan-jalan. So memang sedihlah macam tak caya je cikgu dah pindah KL. Apa-apa pun saya doakan cikgu terus maju jaya dekat sekolah baru dan jangan lupa 2 0rg anak murid cikgu yang kat jb ni,,hehe. Lepas berapa bulan tu cikgu amiey pulak dapat pindah selangor,huuu sedihnya cikgu-cikgu yang aku sayang dah pindah :'((

  *Ni masa suprise birthday cikgu ros tak silap seminggu sebelum cikgu dapat pindah KL. 

Memori Indah :)

MI I

Okay cerita yang best-best pulaklah, tak mahu dah sedih-sedih ni. Banyak kenangan yang indah berlaku sepanjang tahun 2013 ni. Antaranya dapat rapatkan lagi ukhuwah antara budak-budak kelas. Banyak aktiviti yang kiteorang buat, contohnya bbq,pergi legoland, main running man
. Bila dah rapat memang kami buddies tak kan terpisah.hehe.. Alhamdulillah dapat kawan-kawan kelas yang happy go luck, dah lah ramai melayu memang havoc lah kelas 6 Atas Zaaba,hewhew :) Terima kasih korang sudi jadi kawan kite *kedip-kedipkan mata

 BBQ

BBQ di Bukit Cerap UTM

 Running Man kata kaww..haha

Berlegoland :)

MI II

Puasa tahun 2013 ni alhamdulillah sahur & buka masih bersama-sama keluarga tercinta,hehe. Raya tahun ni meriah sebab raya dekat rumah baru atuk..hehe. Kalau sedara mara berkumpul time hari raya memang macam tak nak balik rumah nak stay kat kampung berborak sampai 3 pagi..haha. Memang biasanya macam ginilah kalau dah lama tak berkumpul ramai-ramai kan? Raya tahun ni pun meriah sebab dapat raya dengan kawan-kawan kelas. Havoc okay!!!

raya 2013 :)

Mereka :)

MI III

Banyak lagi nak cerita tapi macam dah panjang sangatlah. Apa kata biar gambar berbicara pulak?hihi.. Boleh eh?  
yang ni hari graduasi aku kat blue wave hotel. So officially dah tamat Pra-U.

Ni aktiviti sekolah yang paling aku suka. Of kos lah kem kan. Ni best moments mase kat Tunjuk Laut Resort.

Panjat gunung. Kami antara yang terawal sampai. Best!!

Ni puteri-puteri 6 Atas Zaaba :)

Pra-U students of Smk Mutiara Rini

Last but no least aku sayang nak tinggalkan tahun 2013 ni, banyak kenangan-kenangan yang indah dan sedih yang tak dapat aku lupakan. Apakan day ia tetap tak boleh dilalui semula melainkan terus menjadi kenangan sampai bila-bila.

Selamat tinggal 2013, dan Selamat datang tahun 2014, semoga tahun ini aku mencipta lebih banyak kenangan dan diisikan dengan perkara-perkara yang berfaedah. InsyaAllah :)

Ohh ye aku nak bagi tahu sekarang aku dah jadi cikgu tadika sementara tunggu resultkan. Masuk hari ni dah hari keempat,hehe. Tapi nebes esok first time mengajar.. Hahaha. So nantikan entry aku jadi teacher kina. Hahaha :)

#Last entry untuk tahun 2013. Kbye. Assalamualaikum  :)








dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Thursday, 12 December 2013

Kyna kata #12

Assalamualaikum w.b.t

Diam bukan bererti lemah dalam berkata-kata,
terkadang diam adalah tanda hormat kepada seseorang yang sedang berkata-kata,
Tapi jangan terkejut bila dia berkata-kata anda yang terdiam :O 


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Friday, 6 December 2013

Kyna kata #11

Assalaumalaikum w.b.t


Lari dari masalah itu bermasalah


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Monday, 2 December 2013

Its already finish, peace yoo!!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah tiada kata-kata yang lebih indah pada 2hb Disember 2013 selain 'Merdekaaa', Yehh dah habis jawab kesemua kertas peperiksaan STPM. Saya dah berusaha, InsyaAllah cuma perlu banyak berdoa dan tawakal. Rezeki ada dimana-mana. Semoga saya dan kawan-kawan berjaya.. Amin


Siapa tak gembira bila habis paper kan? tapi dalam masa yang sama juga sedih sebab berpisah dengan kawan-kawan. Walaupun mengenalan yang singkat selama setahun setengah tapi rasanya macam dah kenal 10 tahun, Alhamdulillah sebab diberi kawan-kawan yang banyak membantu dan menyokong tanpa rengusan mahupun balasan. Semoga ikatan persahabatan ini terus berkekalan, InsyaAllah..
 sayang korang semua, Muaah :*

~Selamat Tinggal Alam Persekolahan~






dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Sunday, 17 November 2013

Kyna kata #10

Assalamualaikum w.b.t



Kejujuran ibarat kain putih yang tidak mampu dilihat tapi masih mampu dirasai dengan hati yang jujur!


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Sunday, 6 October 2013

Kyna kata #9

Assalamualaikum w.b.t

Luaran saja tampak biasa dan tidak ada apa-apa yang berlaku, Tapi ketahui bila aku sendirian aku rasa lemah.

Semoga kau kuat wahai HATI.


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Saturday, 28 September 2013

GA Love You Mr Arrogant

Assalamualaikum w.b.t



Jom join sekali.. Klik Sini

Dah lama tak join mana-mana GA, ini tergerak hati nak join pun sebab ternampak hadiahnya NOVEL,,hehe. Mana tahu ada rezeki menang GA ni ke. Bukan tak nak beli novel ni tapi hari tu baru beli novel, nanti kalau beli lagi ada kang yang marah,,huhu.. So Good Luck kpd mereka yang join GA ini :) 


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Friday, 27 September 2013

Tunjuk Laut Resort

Assalamualaikum w.b.t

20 - 22 september minggu lepas students pra-u sekolah aku ada buat camp di Tunjuk Laut, Tanjung Leman, kira tu aktiviti tahunan untuk persatuanlah.. Sebenarnya excited pun ada sebab dah lama tak pergi camp, seingat aku last pegi camp masa form 4 dekat Palapes UTM. Lagi excited sebab camp ni buat dekat tepi laut, kira first time camp dekat tepi laut. Aku tak kesah sangat aktiviti lasak, semua aku cuba, bagi aku sayang kalau kita tak cuba sesuatu yang baru. Alhamdulillah semua aktiviti yang dijalankan aku ambil bahagian dan berjalan dengan sempurna. Alhamdulillah.....

Satu prinsip aku kalau pergi camp dekat mana-manalah tak kesah, aku akan letak konteks 'keselesaan' ini jatuh no 10 ke 20 ke tak kesahlah.. Nama pun camp kan? tak payahlah nak pikir tidur beralaskan apa, beg nak bawak kiri kanan ke dan apa-apalah. Sebab kita pergi camp bukan pergi Pulau Krabi..hehe. So enjoy our camp without any problems :)

Okay nak cerita tempat ni memang cantik, boleh dikatakan bersih juga.. Memang tak rugi sebab laut pun bersih, paling best angin dekat tepi laut memang tip top! Masa sampai sana tu aktiviti bebas sampai pukul 9 malam. Kita orang lepak-lepak dalam khemah menikmati angin sempoi-sempoi bahasa di malam hari, cewaahh...Haha. Malam tu baru ada aktiviti sesi pengenalan dengan fasi-fasi, salah sorang fasi ni aku dah kenal sebab pernah jumpa masa camp dekat sedili form 2 dulu, so memang confident aktiviti kiteorang best dan santai.

Malam first tu aku kena jaga kawasan khemah, so steady je sebab memang tak boleh tidur so layan perasaan pagi-pagi buta pukul 3 pagi tu tengok ciptaan Allah.. Bila semua dah siap-siap kite orang dibawa ke satu kawasan, bak kata abang fasi pi tengok matahari terbit sebelum isi perut.. Excited okay!








Lepas dah sarapan tu kite orang start aktiviti mendaki. Jalan nak naik tu memang mencabar kot, kaki dan tangan memang kena kuat sebab nak pegang tali bagi tak terlepas.. Tapi memang seronok sebab dalam perjalanan tu memang fresh sangat-sangat. Dekat dalam hutan tu kita boleh bau, rasa kesegaran tumbuh-tumbuhan kat hutan tu. Serious tak rugi bila sampai atas dapat tengok permandangan yang cantik.. SubhanaAllah..

masing-masing kepenatan!


Cantikkan? Belakang sana tu Pulau Sibu


So terbukti cantikkan? Memang tak rugilah, Dah lah aku tak ada idea nak mengarang lagi,, korang tengok jelah gambar sepanjang aku berkampung di Tunjuk Laut.....cekidauuttt~







#Zaabarians



Satu lagi kenangan yang terindah dan ternilai... Terima kasih ibu ayah & family, terima kasih cikgu, terima kasih kawan-kawan....... #memoritercipta :)



  


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Thursday, 26 September 2013

Cemburu??

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama juga tak ber'blog' ni, rasa rindu pun ada.. So petang ni rasa rajin pulak nak menaip, sebab isu ni macam menarik jugalah..


CEMBURU?

Apa itu?

Okay definisi dari pak cik google, cemburu itu memberi maksud naluri manusia terhadap sesuatu benda atau insan yang amat disayanginya. Cemburu ini satu emosi yang tidak dapat digambarkan dari mata kasar dan hanya boleh difahami melalui suara hati..ecehh ayat~

Kalau bagi aku cemburu ini lebih kepada iri hati atau sakit hati bila dia nampak ada insan ketiga yang mendekati insan yang dia sayang. Kita selalu dengar isu cemburu ini dalam percintaan means antara lelaki dan perempuan. Tu normallah kan? Tapi kita jarang dengar isu ini antara lelaki dan lelaki, perempuan dan perempuan. Bagi aku lah 'cemburu' ini meluas, tak dispesifikkan hanya dalam percintaan.. Kenapa?

Sebab realitinya aku dah jumpa situasi ini dalam hidup aku. Apa korang rasa kalau korang tahu ada orang cemburu dengan korang? dan yang dia cemburu itu sama-sama perempuan.. Bagi aku tak perlu nak cemburu dengan benda atau situasi yang hanya simple je. Lepas aku tahu dia cemburu dengan aku, aku just buat biasa-biasa je. Aku cuba cari apa silap aku sampai dia cemburu tengok aku dengan someone ni (someone ni pun perempuan juga).. Aku cuma tolong bila dipanggil untuk menolong. salah ke aku? Aku cuma bertindak apabila disuruh. salah ke aku?

Salah ke aku?

Aku tak nampak apa yang perlu dia nak cemburukan sebab aku tak buat apa-apa yang boleh nak dicemburukan, tapi bila dengan orang lain dia tak cemburu pulak, haiii pelik betullah~ Walaupun aku dah tahu situasi macam ini, aku tak tahu nak buat apa-apa., sebab benda ni melibatkan perasaan orang. Kita tak boleh sesuka hati je redah takut makin melarat nanti, so jalan yang terbaik sekarang diam dan bertindak bila perlu je...huhuhu~

Kadang-kadang kita kena pandai kawal perasaan cemburu tu supaya ia tak ganggu emosi kita nanti,. Betul orang cakap cemburu itu tandanya sayang, tapi kalau terlalu cemburu takut bayang pun takde. Hmm apa-apa pun aku nak mintak maaf kalau dia tak selesa aku rapat dengan someone tu. Aku rapat atas dasar hormat dan tangungjawab. Sekali lagi aku mintak maaf~

Cuba hayati ini :

'Kalau kita yakin terhadap kasih sayang seseorang itu, kita tak akan takut merasa kehilangan'


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Sunday, 15 September 2013

Kyna kata #8

Assalamualaikum w.b.t


Kadang-kadang memang susah nak terima sesuatu takdir tu, tapi akhirnya kita perlu redha dan ikhlaskan, mungkin ia akan lebih manis dipenghujungnya~



dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Saturday, 17 August 2013

Raya 2013 ^_^

Assalamualaikum w.b.t

Hai buah hati..haha. okay tahun ni raye tak banyak pun ambil gambar, gambar-gambar syok sendiri adelah.. itu hanya khas untuk simpanan peribadi sahaja dan bakal suami..hahaha ( mak aii ayat aku ) . Tapi sebenarnye banyak video, video budak-budak main bunga api, bbq kat rumah atuk,  video tengok mercun merdeka. ni paling best! Hmm tahun ni raya meriah dari tahun lepas dan tahun ni aku masih dapat duit raya, ulang suara duit raya..Moga-moga akan terus dapat duit raya, hahaha~
 1 Syawal 1434 H <3


beraya di kuantan, sambil tu singgah pantai telok cempedak :)

Betulkan tak banyak gambar raya? Hehe.. malas nak masukkan banyak-banyak dalam computer so ni jelah,,huhu.. lusa aku dah sekolah macam biase.. nak cuti lagi boleh tak? bukan malas tapi kusut! banyak benda nak kena pikir bile dah naik sekolah nanti, tu yang kadang-kadang terlupa kat buah hati sendiri (blog saya ye) buah hati sendiri tak boleh lupa...Hahahaha~



dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Thursday, 15 August 2013

Rasanya belum terlambat....

Assalamualaikum w.b.t

Petang-petang gini saja duk bace blog kawan-kawan. Tup tup aku teringat aku dah lama tak post pape kat blog ni. So dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat islam di dunia. Semoga lebaran ini kita berkesempatan untuk memaafkan antara satu sama lain. Selama blog ni wujud mohon maaf jika ada terlanjur kata atau salah laku yang telah dibuat secara langsung mahupun tak langsung. Rasenye belum terlambatkan nak ucap selamat hari raya? Hehehe..

Percaya tak tahun ni memang aku tak post langsung pasal ucapan hari raya kat fb, kalau tahun lepas siap deko kad raya versi photoshop lagi..haha.. Bukan tak ingat atau malas, tapi banyak sangat kerja nak dibuat dengan pbs/assignment nye lagi. Dah lah tarikh last email pbs ekonomi kat cikgu 1 syawal. Mahu tak gelabah aku nak siapkan, sampai aku rasa tak payahlah raya tahun ni, beraya dengan pbs je..Hahaha.. Itu baru pbs ekonomi, belum lagi dengan pbs bm, huu huru hara hidup.. Tapi nasib baiklah dalam kumpulan so lega sikit.. Hari ni khamis secara rasmilah aku duk rumah satu hari suntuk tu pun tadi family ajak beraya tapi aku tak nak, banyak homework terbengkalai dan badan masih penat lagi sebab semalam baru balik beraya dari kuantan,,huhu

last but no least aku dapat siapkan jugak pbs ekonomi sebelum 1 syawal, lepas siap je pbs ekonomi terus ngayam ketupat, Haaa baru ada feel nak raya..hehe. Paling seronok tahun ni beraya dekat rumah baru atuk,hewhew..suasana raya memang terasalah 1 syawal tu kat kampung...

Okay sekali lagi aku nak ucapkan selamat hari raya kepada family, kawan-kawan, cikgu-cikgu, rakan-rakan blogger dan semua insan yang sentiasa aku sayang :)

Haa ni lah kad raya tahun lepas :)

Dikesempatan ini juga aku nak mengajak semua untuk doakan saudara seislam kita di mesir, semoga mereka dilindungi oleh-Nya. Amin....

*p/s : sayu hati tengok mangsa-mangsa yang terkorban, tak sampai hati rasanya nak post,,huhu


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Wednesday, 24 July 2013

wordless wednesday

Assalamualaikum w.b.t...



dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Tuesday, 9 July 2013

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, jika diberikan kesempatan untuk hari esok kite akan menyambut ramadhan pada tahun ini. Sedar tak sedar dah hari terakhir di bulan syaaban, memang tak sangka esok dah puasa,,hihi.. Tak sabar okay aku nak puasa esok,,hehe. Okay aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk keluarga tercinta, kawan-kawan, cikgu-cikgu dan yang paling penting rakan blogger.. Selamat menjalani ibadah puasa, sama-samalah kite download pahala pada bulan ramadhan ini. InsyaAllah :)



dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Thursday, 27 June 2013

Happy Birthday Sayanggg~

Assalamualaikum w.b.t

Gulpss, sayang? ye kami dah bercinta genap 2 tahun tanpa pengetahuan sesiapa pun *muke serius*..Ni kalau siapa yang baru je bace tajuk entry memang sunat korang pikir aku ni gedik kan? kan? Hahaha.. Perghh aku pun geli dengan ayat aku sendiri. Apakah? Aku tau ayat tu macam kepala nak kene seret dekat jalan tar je...Hahaha.

Alahh gurau-gurau je.. Nak tahu 'siapa' sayang tu? Sayang tu jeng...jeng... jeng... sayang tu....... jeng..jeng... Okay harus mintak kaki saiz 8.Haha~ Sayang tu blog aku lah. Blog yang dah genap 2 tahun, weeee. Happy Birthday Sayanggg~ Masih baby lagi, tapi tak sangka jugak dah 2 tahun aku menceburi bidang blogger ni, cewahhh.. Walaupun kadang-kadang macam chipmore tapi dalam 1 bulan tu aku mesti ada update kan? kan? baik korang angguk sekarag..hihi..

Tapi aku tak tipu tau. blog ni memang tanpa pengetahuan siapa-siapa kecuali bff aku.. Even kawan-kawan mase form 6 ni pun tak tahu walaupun dorang penah tanya. Bukan tak nak bagitahu, tapi malas kot, bukan best sangat blog aku ni. Membosankan kan? hurmm reda....haha.. Ni dah ayat pasrah weyh.. Tak pelah janji apa yang aku tulis buat aku rase happy,,hehe..

Pape pun Happy Birthday blogku sayang.. Moga terus berkhidmat untuk saya okay? haha..

p/s : aku takde idea nak buat esei pengajian am, tapi nak update blog aku ade idea.. Apakah???


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Sunday, 23 June 2013

Surprise untuk cikgu!!

Assalamualaikum w.b.t

Dah lame jugak tak post apa-apa dekat blog kesayangan ni.. Persoalan : Sayangan ke? Hahaha. kesayangan jugaklah. Alhamdulillah sem 3 dah start 10 Jun tu hari, awal-awal ni takdelah stress, sebab sempat habiskan banyak novel okay..Haha, okay jom masuk cerita sebenar yang aku nak cerita~~

Hari ini 23 Jun, Birthday cikgu kesayangan aku dekat sekolah lama,. Happy Bithday Cikgu Ros :) Actually aku ngan bff aku eda celebrate awal birthday cikgu memandangkan aku busy hari ahad, ni pun post ikut timer.. Buat surprise biasa-biasa je. Mula-mula plan nak bawa kek terus pegi rumah cikgu, tapi tetibe hari khamis tu hari cikgu mesej ajak pegi pasir gudang, so plan bertukar kepada sambut birthday dalam kereta,,hehe.. Tapi sweet ape, tak pernah dibuat orangkan? kan?


*muke aku hitam sebab tg.balau ;'(*

Sekali lagi Happy Birthday Cikgu Ros, saya doakan cikgu diberi kesihatan yang baik, sentiasa dikelilingi mereka yang menyayangi cikgu dan mendapat jodoh yang terbaik. Semoga kita terus berhubung antara satu sama lain. Saya & eda sayang cikgu :)

Teringat masa form 2 ade buat surprise alah-alah gini jugak,hehe. Rindu! Cikgu yang aku kenal sejak form 2 sampailah sekarang. Dah anggap macam kakak sendiri.. Hehe.. InsyaAllah saya tak kan lupe jasa-jasa cikgu. saya sayang cikgu ros :)


p/s : Hari ni sepupu aku tunang, selamat bertunang cik sepupu (sebab tu aku busy sikit)


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Wednesday, 12 June 2013

wordless wednesday

Assalamualaikum w.b.t



dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Wednesday, 29 May 2013

wordless wednesday

Assalamualaikum w.b.t


Walaupun hari tanpa berkata-kata, tapi izinkan aku nak ketawa sikit je " Bhahaha" okay dah :D


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Sunday, 26 May 2013

Flashback 27 mei dua tahun yang lepas~

Assalamualaikum w.b.t

27 mei 2011 ? 

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ada apa ek? 

-
-
-
Jom flashback 2 tahun yang lepas~ 
Masa tu aku form 5 merangkap calon SPM yang tegar.. Haha, Tak sangka dah 2 tahun kenangan Kem Little Einstein (KLE) ini . The best kem penah aku pergi masa sekolah dulu, sebab KLE ni bergabung dengan students bachelor fizik dekat UPM, Serdang . Matlamat utama pergi kem ni sebab nak terapkan cinta akan fizik ku sayang, tapi lain pulak yang jadi sebab banyak game dari mendalami fizik.. Hahaha, Takpe game yang Fasilitator buat masih berunsurkan subjek Fizik. Hurmm rindu moment tu semua, mana nak dapat lagi moment tu semua ? Huhu...

Kiteorang lucky sebab dapat abang-abang dan kakak-kakak fasi yang sporting morting, satu kepala jugaklah dengan kiteorang ni,. Dan Alhamdulillah sekarang masih keep in touch walaupun dekat FB & TWITTER. Sekarang dorang tengah final year, wooww berapa hari lagi dah officially pegang ijazah. Bestnyaaaa~ Tahniah kakak-kakak dan abang-abang semua :)

yokk cekidauutt gambar mase muda-muda..haha~



The best group : Proton Wave :D

mereka yang dirindui :)

Rindu mereka jugak!!


Barisan Fasilitator

Pagi-pagi ketua pelajar lelaki & perempuan kena panggil..hoho. Time ni aku malu-malu lagi  :*

Rindu yang teramat sangat :D

Walaupun dah 2 tahun berlalu, mana mungkin boleh lupakan,. Antara kenangan terindah yang pernah berlaku dalam hidup aku, insyaAllah akan kenang sampai bila-bila, sebab orang cakap zaman persekolahan yang paling seronok adalah zaman persekolahan menangah. Betullah kata-kata itu sebab sekarang hanya mampu mengenang tanpa boleh berpatah balik.

Aku rindu semuanya, Kalau ada jodoh kita bertemu lagi suatu hari nanti.. Love uollss :)


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)