Sunday, 27 January 2013

Hidup mesti ada Cabaran...

Assalamualaikum w.b.t

Cabaran? 
Hidup memang perlukan cabaran, seperti mana semut dahagakan gula (hiperbola weyh) . Cuma cabaran tu berbeza-beza dengan orang lain dan cabaran juga di uji dengan kematangan bila kita berfikir. Cabaran yang datang pada kita mungkin tersirat 1001 hikmah yang kita tidak tahu dan bila mana cabaran itu dapat diungkap, barulah kita sedar kemanisan yang kita lalui dalam menyelesaikan 'cabaran' itu. Mungkin juga kita mudah menyerah pabila 'cabaran' itu tak mampu kita hadapi, tapi ingatlah Allah sentiasa ada dengan kita untuk membantu kita dalam semua prihal. Hidup juga seperti wireless, perlu berdoa agar dipermudahkan segalanya, tapi bila mana kita jauh dari 'kawasan wireless' kita mungkin akan tersasar..

#nasihat untuk diri sendiri jugak :)

* sempat mengedit gambar *

Kau berikan ku kekuatan,
untuk berpegang pada jalan,
walau penuh cabaran,
ku tahu ku adaMu Tuhan :D


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum..

Rasenye belum terlambat nak ucapkan salam maulidur rasul buat blogger2. Alhamdulillah dapat juga menyambut maulidur rasul tahun ni, dimana 12 Rabiulawal telah lahirnya Nabi Muhamad S.A.W.. Mudah-mudahan aku dapat memperbanyakkan lagi sunnah Rasulullah. InsyaAllah :D




dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Monday, 21 January 2013

kembali jeng jeng jeng~~

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih diberi nafas untuk menghirup udara segar dan menikmati suasana sejuk dikala ini,,hehe. Rasenye ini lah entry pertama aku dalam bulan januari dan dalam tahun 2013. Haa rase rindu pulak nak berblog, sebelum ni aku dah jadi halimunan sekejap sebab masalah teknikal..haha.

So... Now I can 'berblog'  again,again and again!!!

Tahun ni pun dah bertambah satu lagi angka pada usia aku. 19 TAHUN weyhhh rase macam nak tercekik, eh kejap birthday tak lepas lagi so still 18 tahun lagi,,yehh!! so ade mase lagi nak jadi muda walaupun dalam mase beberapa bulan dari sekarang..Haha... Sekarang ini aku bergelar upper six yang mampu membuli adik-adik bawah umur (nak berbual pun takde mase)..hahaha,, Semesta ke-2, hurm perlu kesabaran yang tinngi nak hadapi semesta ni, kalau rase-rase nak give up cepat-cepatlah aku singkirkan. Tak boleh nak give up sebab kalau makin layan perasan tu makin tak dapat fokus sebab semesta nilah markah paling banyak dan ade tiga kerja kursus alah-alah assingment gitu dalam mase kurang empat bulan.. Tak ke sibuk memanjang aku sem ni.. Paling memeritkan untuk sem ini ofkos lah duit keluar macam air yang mengalir,huhu.. kalau sape-sape tahu kat mane-mane yang boleh download duit, tolong bagitahu aku dengan segera. INI SERIOUS .Hahaha~~


Tapikan minggu ni relaks sikit sebab Isnin-sekolah, selasa-cuti,rabu-sekolah,khamis-cuti,jumaat-sekolah,sabtu,ahad,isnin- CUTI.. hehehe~~

Korang doa-doakan lah aku dipermudahkan segale urusan sem ni, ameen. 



dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)