Sunday, 28 April 2013

Suka duka bulan April

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih bernafas hingga ke hari ini,. rasa lama sangat tak blogwalking dekat blog sendiri. Ek? Banyak benda sebenarnya nak dikongsikan, tapi sayang masa mencemburuiku.. Haha.. Memang pun, terlalu banyak nak kena settle dalam bulan ni. 

Tak sabar nak cuti :(

Minggu pertama bulan April dah kena pegi teknik menjawab bahasa melayu, hari sabtu pulak tu, entahlah dah tak terkira berapa kali sabtu aku kena pegi sekolah,,penat sebenarnya sebab ahad pun bukan rest sangat nak kena settlekan pbs lah,,huhu.. lepastu sibuk dengan karnival lagi. aku wakil bowling untuk Pra U sekolah aku..terer tau aku,Hahaha.. atleast tak masuk longkang lebih 3x *sesi bangga riak* 





17 April sebelum pegi karnival tu sebenarnya ada sambut birthday cikgu zainab. Happy Birthday cikgu zainab :D ' budak kelas panggil cikgu zainab kembar aku,,hehe.. tak tahulah tang mana sama, tapi syukur sangat dapat belajar dengan cikgu zainab walaupun bukan untuk subjek b.melayu.. tapi takpe insayaAllah sem 3 nanti,,heee.. actually birthday aku sebelah dengan birthday cikgu zainab, lagilah budak-budak kelas men'sahih' kenyataan kami kembar,,hehe. Happy Bithday to me :) Hadiah paling istimewa aku dapat adalah presentation pbs pengajian am..Haha..

sama ke? hehe

mase 18 April, birthday aku pulak tu dapat berita yang tak berapa nak best,huhu..PBS SEJARAH yang dah selamat di submit plus presentation, kena buat balik dari awal. siapa tak tension kan? dah siap hantar pun kena buat balik, gara-gara cikgu bagi format salah...huhu. memang tension, dahlah 22 April ada midterm,,huhu. paling tak diduga satu hari sebelum exam tu aku demam panas,. memang sakit bile jawab exam dalam keadaan yang tak sihat, nak study pun tak larat... kelakarnya kawan aku ni sempat je lukis gambar aku jawab exam dalam keadaan nyawa-nyawa ikan...hahaha., kurang kerja betul budak bertuah shahirah ni, tapi lukisan tu aku simpan buat artifak,hoho...

cantik tak? hikhik, heyyy macam-macam...

25 April pulak birthday bestfriend for ever aku.. Happy Birthday Zahida :) Ingat lagi birthday tahun lepas aku bagitahu dia pasal blog ni,hihi..dia je sorang tahu pasal blog ni...bertuah tak dia? bukan nak berahsia dengan dia, tapi tak terluah pun, sebab buat blog ni pun sekadar suke-suke.. setakat ni lah memang takde siapa-siapa yang tahu pasal kehadiran blog ni selain my bff lah kan..

dia sahabat saya selamanya, Amin :)


Panjang dah ni bercerita, stop dulu lah.. lagi 20 hari exam sem 2, doakan aku dan kawan-kawan berjaya :)
#wahai cik April, walaupun banyak dugaan bulan ni, tapi aku akan tetap jadikan kenangan kerana kenangan tak semestinya manis je untuk dikenang, tapi pahit, masam, tawar pun boleh dikenang suatu hari nanti.. Kbaii uollss. Assalamualaikum.....


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

0 orang sedang mengayat!: