Monday, 13 May 2013

Berpisah?

Assalamualaikum w.b.t..

Ehemm tajuk entry macam bajet cuak je kan? Haha. Tapi ketahuilah aku dah tak sabar nak BERPISAH dengan sem 2 ni, sebab bukan takde kenangan manis untuk dikenang tapi lebih kepada situasi yang sangat tidak terurus dan lebih tepat lagi adalah serabai tahap gaban. Bukan diri yang tidak terurus dengan rapi tapi masa yang tak nak berkompromi dengan aku.. Haha..

Sebut hal MASA ni barulah aku sedar, form 6 ni memerlukan pengorbanan masa yang sangat besar, kalau tak cukup tidur tu dah perkara biasa untuk sem 2 ni, lagilah prihal makan rasa buku tu makanan utama #Ehh. Ya ke? Okay abaikan..haha..

Dan 23 mei aku harap beban sem 2 ni akan terlerai,,fuhh jenuh bawak beban kat bahu ni, silibus sem 2 ni pun boleh tahan mantapnye kot.. Subjek yang rase paling gerun aku nak jawab sem ni bahasa melayu n ekonomi.. Jadual exam pun dah dapat, haaaaaaaaaaaaa takde perkataan yang paling layak aku ungkapkan selain, TAKUT....macam-macam perasaan yang aku rase untuk sem 2 ni, semua bergabung menjadi satu, Huhu..



Exam start 21 mei.. Aku doakan aku dan kawan-kawan aku dapat buat yang terbaik untuk sem ni, lupekan dah pasal pbs just fokus exam. Semoga dipermudahkan segala urusan baik dari kesihatan mental dan fizikal. Amin.. Kawan-kawan blogger pun jangan lupa doakan aku n rakan-rakan sepejuanganku, ecehhh.. Kbai. Assalamualaikum...



dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

0 orang sedang mengayat!: