Thursday, 15 August 2013

Rasanya belum terlambat....

Assalamualaikum w.b.t

Petang-petang gini saja duk bace blog kawan-kawan. Tup tup aku teringat aku dah lama tak post pape kat blog ni. So dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat islam di dunia. Semoga lebaran ini kita berkesempatan untuk memaafkan antara satu sama lain. Selama blog ni wujud mohon maaf jika ada terlanjur kata atau salah laku yang telah dibuat secara langsung mahupun tak langsung. Rasenye belum terlambatkan nak ucap selamat hari raya? Hehehe..

Percaya tak tahun ni memang aku tak post langsung pasal ucapan hari raya kat fb, kalau tahun lepas siap deko kad raya versi photoshop lagi..haha.. Bukan tak ingat atau malas, tapi banyak sangat kerja nak dibuat dengan pbs/assignment nye lagi. Dah lah tarikh last email pbs ekonomi kat cikgu 1 syawal. Mahu tak gelabah aku nak siapkan, sampai aku rasa tak payahlah raya tahun ni, beraya dengan pbs je..Hahaha.. Itu baru pbs ekonomi, belum lagi dengan pbs bm, huu huru hara hidup.. Tapi nasib baiklah dalam kumpulan so lega sikit.. Hari ni khamis secara rasmilah aku duk rumah satu hari suntuk tu pun tadi family ajak beraya tapi aku tak nak, banyak homework terbengkalai dan badan masih penat lagi sebab semalam baru balik beraya dari kuantan,,huhu

last but no least aku dapat siapkan jugak pbs ekonomi sebelum 1 syawal, lepas siap je pbs ekonomi terus ngayam ketupat, Haaa baru ada feel nak raya..hehe. Paling seronok tahun ni beraya dekat rumah baru atuk,hewhew..suasana raya memang terasalah 1 syawal tu kat kampung...

Okay sekali lagi aku nak ucapkan selamat hari raya kepada family, kawan-kawan, cikgu-cikgu, rakan-rakan blogger dan semua insan yang sentiasa aku sayang :)

Haa ni lah kad raya tahun lepas :)

Dikesempatan ini juga aku nak mengajak semua untuk doakan saudara seislam kita di mesir, semoga mereka dilindungi oleh-Nya. Amin....

*p/s : sayu hati tengok mangsa-mangsa yang terkorban, tak sampai hati rasanya nak post,,huhu


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

0 orang sedang mengayat!: