Thursday, 26 September 2013

Cemburu??

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama juga tak ber'blog' ni, rasa rindu pun ada.. So petang ni rasa rajin pulak nak menaip, sebab isu ni macam menarik jugalah..


CEMBURU?

Apa itu?

Okay definisi dari pak cik google, cemburu itu memberi maksud naluri manusia terhadap sesuatu benda atau insan yang amat disayanginya. Cemburu ini satu emosi yang tidak dapat digambarkan dari mata kasar dan hanya boleh difahami melalui suara hati..ecehh ayat~

Kalau bagi aku cemburu ini lebih kepada iri hati atau sakit hati bila dia nampak ada insan ketiga yang mendekati insan yang dia sayang. Kita selalu dengar isu cemburu ini dalam percintaan means antara lelaki dan perempuan. Tu normallah kan? Tapi kita jarang dengar isu ini antara lelaki dan lelaki, perempuan dan perempuan. Bagi aku lah 'cemburu' ini meluas, tak dispesifikkan hanya dalam percintaan.. Kenapa?

Sebab realitinya aku dah jumpa situasi ini dalam hidup aku. Apa korang rasa kalau korang tahu ada orang cemburu dengan korang? dan yang dia cemburu itu sama-sama perempuan.. Bagi aku tak perlu nak cemburu dengan benda atau situasi yang hanya simple je. Lepas aku tahu dia cemburu dengan aku, aku just buat biasa-biasa je. Aku cuba cari apa silap aku sampai dia cemburu tengok aku dengan someone ni (someone ni pun perempuan juga).. Aku cuma tolong bila dipanggil untuk menolong. salah ke aku? Aku cuma bertindak apabila disuruh. salah ke aku?

Salah ke aku?

Aku tak nampak apa yang perlu dia nak cemburukan sebab aku tak buat apa-apa yang boleh nak dicemburukan, tapi bila dengan orang lain dia tak cemburu pulak, haiii pelik betullah~ Walaupun aku dah tahu situasi macam ini, aku tak tahu nak buat apa-apa., sebab benda ni melibatkan perasaan orang. Kita tak boleh sesuka hati je redah takut makin melarat nanti, so jalan yang terbaik sekarang diam dan bertindak bila perlu je...huhuhu~

Kadang-kadang kita kena pandai kawal perasaan cemburu tu supaya ia tak ganggu emosi kita nanti,. Betul orang cakap cemburu itu tandanya sayang, tapi kalau terlalu cemburu takut bayang pun takde. Hmm apa-apa pun aku nak mintak maaf kalau dia tak selesa aku rapat dengan someone tu. Aku rapat atas dasar hormat dan tangungjawab. Sekali lagi aku mintak maaf~

Cuba hayati ini :

'Kalau kita yakin terhadap kasih sayang seseorang itu, kita tak akan takut merasa kehilangan'


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

0 orang sedang mengayat!: