Friday, 27 September 2013

Tunjuk Laut Resort

Assalamualaikum w.b.t

20 - 22 september minggu lepas students pra-u sekolah aku ada buat camp di Tunjuk Laut, Tanjung Leman, kira tu aktiviti tahunan untuk persatuanlah.. Sebenarnya excited pun ada sebab dah lama tak pergi camp, seingat aku last pegi camp masa form 4 dekat Palapes UTM. Lagi excited sebab camp ni buat dekat tepi laut, kira first time camp dekat tepi laut. Aku tak kesah sangat aktiviti lasak, semua aku cuba, bagi aku sayang kalau kita tak cuba sesuatu yang baru. Alhamdulillah semua aktiviti yang dijalankan aku ambil bahagian dan berjalan dengan sempurna. Alhamdulillah.....

Satu prinsip aku kalau pergi camp dekat mana-manalah tak kesah, aku akan letak konteks 'keselesaan' ini jatuh no 10 ke 20 ke tak kesahlah.. Nama pun camp kan? tak payahlah nak pikir tidur beralaskan apa, beg nak bawak kiri kanan ke dan apa-apalah. Sebab kita pergi camp bukan pergi Pulau Krabi..hehe. So enjoy our camp without any problems :)

Okay nak cerita tempat ni memang cantik, boleh dikatakan bersih juga.. Memang tak rugi sebab laut pun bersih, paling best angin dekat tepi laut memang tip top! Masa sampai sana tu aktiviti bebas sampai pukul 9 malam. Kita orang lepak-lepak dalam khemah menikmati angin sempoi-sempoi bahasa di malam hari, cewaahh...Haha. Malam tu baru ada aktiviti sesi pengenalan dengan fasi-fasi, salah sorang fasi ni aku dah kenal sebab pernah jumpa masa camp dekat sedili form 2 dulu, so memang confident aktiviti kiteorang best dan santai.

Malam first tu aku kena jaga kawasan khemah, so steady je sebab memang tak boleh tidur so layan perasaan pagi-pagi buta pukul 3 pagi tu tengok ciptaan Allah.. Bila semua dah siap-siap kite orang dibawa ke satu kawasan, bak kata abang fasi pi tengok matahari terbit sebelum isi perut.. Excited okay!








Lepas dah sarapan tu kite orang start aktiviti mendaki. Jalan nak naik tu memang mencabar kot, kaki dan tangan memang kena kuat sebab nak pegang tali bagi tak terlepas.. Tapi memang seronok sebab dalam perjalanan tu memang fresh sangat-sangat. Dekat dalam hutan tu kita boleh bau, rasa kesegaran tumbuh-tumbuhan kat hutan tu. Serious tak rugi bila sampai atas dapat tengok permandangan yang cantik.. SubhanaAllah..

masing-masing kepenatan!


Cantikkan? Belakang sana tu Pulau Sibu


So terbukti cantikkan? Memang tak rugilah, Dah lah aku tak ada idea nak mengarang lagi,, korang tengok jelah gambar sepanjang aku berkampung di Tunjuk Laut.....cekidauuttt~







#Zaabarians



Satu lagi kenangan yang terindah dan ternilai... Terima kasih ibu ayah & family, terima kasih cikgu, terima kasih kawan-kawan....... #memoritercipta :)



  


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

0 orang sedang mengayat!: