Tuesday, 31 December 2013

Farewell 2013!

Assalamualaikum..

Heloo kaki blogger semua *lambai-lambai..

Tiba-tiba boleh lupa esok dah tahun baru, woww 2014! umur dah mula tukar angka yang menakutkan..haha. Sebelum aku nak say goodbye untuk tahun 2013, aku nak throwback apa yang dah jadi sepanjang 2013 ni tak kisahlah berduka cita mahupun suka cita. Ehh? haha. Nak mula mana satu dulu? cerita sedih atau yang seronok-seronok je? Takpe aku tolong pilihkan, korang lambat sangat fikir,hehe...


Memori Sedihhhh :'(

MS I 

Okay sepanjang tahun 2013 aku masih pelajar STPM lagilah kan. Apa ek perkara yang sedih sepanjang tahun 2013 ni? Haa yang sedihnya aku kena kurangkan buat hobi-hobi aku, contohnya : baca novel, layan drama, RUNNING MAN !! Biasalah belajar dari kesilapan lampau kalau tak, tak ingat dunia. Alasannya cuma satu sebab tak dapat result yang baik masa sem 1 just dapat pointer 2.7 so nekadlah nak berubah.  

MS II

Haa yang ni memang paling sedihlah. Apa korang rasa kalau last minit korang punya projek or thesis kena tukar? Sedihkan? Ingat lagi masa ni kawan-kawan aku bagitahu aku sehari sebelum birthday aku, ingat dorang nak bam bam boom aku ke apa. Sekali betul eh? memang rasa nak terjun tilam masa tu jugak..haha.. Kenapa kena tukar last minit? cikgu dapat salah format untuk pbs kiteorang so apa lagi satu kelaslah kena buat balik semula...Redha jelah masa tu demi masa depan yang cemerlang,gemilang dan terbilang..Ecehh

MS III

Berita paling sedih 2013 ni lah, tetiba dapat tahu cikgu ros dapat pindah KL perghh time tu terus kaku aku dibuatnya. Bayangkan dari form 2 kenal dengan cikgu ros sampai sempatlah jugak aku drive kereta cikgu (nak jugak),hahaha,  aku dah anggap cikgu ros macam kakak sendiri, memang antara cikgu yang baik dan penyayang kat sekolah TSJ 2. Even aku dah keluar sekolah tu sebab aku form 6 kena sekolah lain tapi kiteorang still keep in touch, keluar jalan-jalan. So memang sedihlah macam tak caya je cikgu dah pindah KL. Apa-apa pun saya doakan cikgu terus maju jaya dekat sekolah baru dan jangan lupa 2 0rg anak murid cikgu yang kat jb ni,,hehe. Lepas berapa bulan tu cikgu amiey pulak dapat pindah selangor,huuu sedihnya cikgu-cikgu yang aku sayang dah pindah :'((

  *Ni masa suprise birthday cikgu ros tak silap seminggu sebelum cikgu dapat pindah KL. 

Memori Indah :)

MI I

Okay cerita yang best-best pulaklah, tak mahu dah sedih-sedih ni. Banyak kenangan yang indah berlaku sepanjang tahun 2013 ni. Antaranya dapat rapatkan lagi ukhuwah antara budak-budak kelas. Banyak aktiviti yang kiteorang buat, contohnya bbq,pergi legoland, main running man
. Bila dah rapat memang kami buddies tak kan terpisah.hehe.. Alhamdulillah dapat kawan-kawan kelas yang happy go luck, dah lah ramai melayu memang havoc lah kelas 6 Atas Zaaba,hewhew :) Terima kasih korang sudi jadi kawan kite *kedip-kedipkan mata

 BBQ

BBQ di Bukit Cerap UTM

 Running Man kata kaww..haha

Berlegoland :)

MI II

Puasa tahun 2013 ni alhamdulillah sahur & buka masih bersama-sama keluarga tercinta,hehe. Raya tahun ni meriah sebab raya dekat rumah baru atuk..hehe. Kalau sedara mara berkumpul time hari raya memang macam tak nak balik rumah nak stay kat kampung berborak sampai 3 pagi..haha. Memang biasanya macam ginilah kalau dah lama tak berkumpul ramai-ramai kan? Raya tahun ni pun meriah sebab dapat raya dengan kawan-kawan kelas. Havoc okay!!!

raya 2013 :)

Mereka :)

MI III

Banyak lagi nak cerita tapi macam dah panjang sangatlah. Apa kata biar gambar berbicara pulak?hihi.. Boleh eh?  
yang ni hari graduasi aku kat blue wave hotel. So officially dah tamat Pra-U.

Ni aktiviti sekolah yang paling aku suka. Of kos lah kem kan. Ni best moments mase kat Tunjuk Laut Resort.

Panjat gunung. Kami antara yang terawal sampai. Best!!

Ni puteri-puteri 6 Atas Zaaba :)

Pra-U students of Smk Mutiara Rini

Last but no least aku sayang nak tinggalkan tahun 2013 ni, banyak kenangan-kenangan yang indah dan sedih yang tak dapat aku lupakan. Apakan day ia tetap tak boleh dilalui semula melainkan terus menjadi kenangan sampai bila-bila.

Selamat tinggal 2013, dan Selamat datang tahun 2014, semoga tahun ini aku mencipta lebih banyak kenangan dan diisikan dengan perkara-perkara yang berfaedah. InsyaAllah :)

Ohh ye aku nak bagi tahu sekarang aku dah jadi cikgu tadika sementara tunggu resultkan. Masuk hari ni dah hari keempat,hehe. Tapi nebes esok first time mengajar.. Hahaha. So nantikan entry aku jadi teacher kina. Hahaha :)

#Last entry untuk tahun 2013. Kbye. Assalamualaikum  :)








dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

0 orang sedang mengayat!: