Friday, 10 January 2014

Tahun Baru, Koleksi Boyfriend Baru :O

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Tahun Baru bloggerssss. Baru nak wish kan? Al maklumlah dah ade kerjaya sekarang itu yang sibuk sikit. By the way tu hari macam ade janji nak cerite pasal kerjaya sebagai cikgu tadika kan? Hmm terpaksa postpone sebab tengah kumpul maklumat..Hahaha~ So wait and see ya :)

Berbalik pada tajuk Tahun Baru , Koleksi Boyfriend Baru, amboi tajuk macam playgirl gitu..Haha.  Okay ni tiada kaitan dengan azam baru nak ade koleksi boyfriend keliling pinggang ke apa eh..haha. Nak tengok boyfriend baru saya tak? yang hemsem lagi comel!!

Tadaaaaaaaaaaaaa.......




Jatuh cinta tak? Hahaha.. Ni koleksi boyfriend baru saya, hemsem bukan? Memandangkan tahun 2013 kurang shopping jam, so tahun ni nak tambahkan koleksi-koleksi jam sebab sekarang tiap-tiap bulan ade income sendiri katanya..hehe. Ini lah rasanya barang paling best bila shopping, tak kesahlah murah ke mahal yang penting cantik di mata dan selesa bila pakai. Jam yang harga RM 15 pun selalu beli tau! boleh tukar pakai tiap-tiap hari..hehe

Ada juga yang tanya tak membazir ke? bagi pendapat saya lah secara personal, tak membazir sebab masa itu bagi saya penting untuk ditepati. Kalau sayalah sehari lupa pakai jam rasa hidup macam loser kot walaupun pada henset ada jam. Okay ada satu benda nak share kat korang, saya ni terlalu suka pakai jam sampai tidur pun pakai..hehe. Ramai yang komen 'peliklah tidur pun pakai jam'. Pelik ke? Normal kot,kalau saya tengah malam terjaga confirm tengok jam tapi tak tahulah korang..huhu

Hmm lagi satu saya ini pelik sikit,tak macam kaum hawa yang lain suka shopping baju, kasut, tudunglahh dan macam-macam lagi, tapi yang saya suka shopping makanan (wajib), jam (kalau dah lama tak beli), dan buku!! hehe

Apa-apa pun saya ini pencinta jam yang tegar. Ok bye :)

Ohh sekejap ini matlamat tahun baru, semoga saya lebih bertanggung jawab pada masa, hargai masa, sayang masa dan dapat buat perkara yang berfaedah setiap masa.

Sekian, Teacher Kina (nak jugakkk)


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)