Friday, 28 February 2014

Right-brained or Left brained?

Assalamualaikum w.b.t

Jom buat test otak mana lebih banyak berfungsi, kanan atau kiri.

Boleh klik sini

Okay ini hasil test yang saya buat.. not bad lah, balance juga,hehe :)


Jom cuba!


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Thursday, 27 February 2014

Pertandingan Menulis Cerpen Pendek Anjuran Rafina Mimi Abdullah


Dua Hati Berjodoh

Aku tutup pintu kereta dengan gaya yang tersendiri sambil mata tertumpu pada kotak parking kereta . Aku senyum simpul, “ Hmm, siapa kata gadis melayu bertudung bawal tak pandai parking kereta secara mengundur?” See the hand okay! Misi aku tercegat pagi-pagi buta kat taman ni mestilah nak jogging. Alhamdulillah cuaca pagi ni memang baik yang penting segar dan sesuai untuk aktiviti senaman. Aku mulakan dengan berlari anak.
            Sepanjang aku berjogging pagi ni aku bersyukur kerana takde kelibat mamat senget lagi menjengkelkan tu yang suka ganggu ketenangan aku. Kalau tidak muka mamat itulah yang jadi santapan mata aku pagi-pagi buta. Fuhh Lega.
            “ Far.. Far…” Laung si mamat senget.
            Aduhhhh! Kenapalah mulut aku ni masin sangat. Baru je nak rasa aman, datang pula mamat seorang ini. Rasa nak anyam-anyam je mulut aku ni sebab kerana mulut bukan badan binasa tapi otak sensara. Alahai.
            “Woi Iman Farihah a.k.a bawal” kali ini dia menjerit tak ingat dunia. Sah senget!
            Aku menoleh ke belakang dengan wajah yang cukup bengis. “Kau nak apa hah?” pekik Farihah. Ikutkan hati memang nak je bagi free kick paling tidak pun sebiji penumbuk kat muka dia. Kau memang bernasib baik Firhad kalau tak memang cun-cun je kaki aku singgah kat muka kau.
            “Relaklah bawal ehh Far, aku ada cakap ke aku nak apa-apa?” tanya Firhad Iskandar sambil senyum tayang gigi.
            Dia dah mula dah. Kalaulah dekat tudung atau baju aku ada button halimunan memang dah lama aku tekan. “ Boleh tak serious sikit? kenapa kau jerit nama aku macam nak gila tadi?” tutur Farihah dengan suara kembali dikendurkan.
            “Hah elok pun, kan best je telinga aku dengar suara ayu kau tu. Aku sebenarnya nak join kau jogging tak pun kita berbual-bual nak?” balas Firhad.
            “What? Tak ingin aku nak jogging dengan kau jauh sekali nak berbual. Dahlah kau pergi berbual dengan orang lain,” tanpa tunggu balasan dari Firhad  aku sambung jogging. Dalam masa yang sama mengomel entah apa-apa saja.
            Firhad mengejar aku tak sampai dua minit dia dah terpacak di sisi aku. Banyak manalah tenaga wanita nak dibandingkan lelaki yang gagah macam Firhad ni sah-sah lah dia dapat kejar aku. Ehh kejap, kenapa aku puji dia? spontan saja aku menepuk mulut aku yang takde insuran ni.
“Alah kedekut air liurlah kau ni, patutnya kau berbangga tau sebab ada jejaka macho lagi gagah macam aku ni nak berbual dengan kau. Okay kalau kau setuju nak berbual dengan aku, aku belanja kau sarapan pagi, nak?” ajak Firhad.
Iman Farihah apa jawapan kau sekarang? ya atau tidak? Sempat aku bermonolog di dalam hati. Aku ini bukan jenis gadis yang materialistik yang senang ditaburkan dengan ayat gula-gula kapas terus je setuju nak ikut. Tapi dalam perut aku macam-macam lagu ada. Pening ahh!
“Okay aku ikut tapi bukan sebab aku ni materialistik eh, ni pun sebab perut aku yang minta,” balas Farihah sambil tangan telunjuknya di angkat hingga paras hidung Firhad.
“Apa-apa jelah Far janji kau sudi, naik kereta aku eh? ,”
Nope! Asing-asing, kau bawak kereta kau dan aku bawak kereta kesayangan aku. Sebab kalau kita berdua confirm ada yang ketiga,”
“Wei kau tak sudi ke naik Audi 5 aku ni? aku rasa jasad kau dah minta nak naik tu,” perli Firhad. Tak sempat Farihah nak membantah dia cepat-cepat bersuara. “ Okay asing-asing, tapi jangan cuba main tipu ye? Kalau tak siap kau,” .Nasib baik Farihah tak sempat nak membantah kalau tak kempunanlah kau Firhad nak dating dengan Farihah. Sempat dia bemonolog.
“Okay jom” serentak mereka bersuara. Ehh?
**********
            Assalamualaikum..
            “ Sayangku… ohoiii sayangku” panggil Farihah.
            “Dah kenapa kamu ni gedik semacam je ibu tengok siap bersayang-sayang pulak dengan ibu,” tutur ibu yang datang menghampiri.
            “Hehe.. nak bermanja-manja pun tak boleh, dahlah angah cuti sekejap je,”
            “Banyaklah kamu punya manja, kalau dah tergedik macam ni mesti nak apa-apakan? terus terang jelah kat ibu.”
            “Wow! My Superb mom ever. Pandailah ibu baca fikiran angah. Hmm ibu boleh tak tolong masakkan rendang ayam untuk Far? mengidamlah,” terkebil-kebil mata aku melihat ibu, konon minta simpati.
            “Barulah ibu nak merasa air tangan anak sendiri, ni jawabnya merasa air tangan ibu sendirilah kan?”
            “Boleh ye ibu? Angah ni dahlah selalu takde kat rumah, dua minggu lagi dah balik kolej semula. Nak sangat makan rendang ayam ibu yang sedap lagi walla tu.”
            “Dah kamu tak perlu nak bina ayat-ayat sedih, pergi naik atas mandi nanti ibu masakkan . Dah pergi naik sana, bau busuklah kamu ni,” tutur ibu sambil tutup hidung. Macamlah busuk sangat.
            “Terima kasih sayangku, jasamu dikenang. Hmm busuk eh?”
            Tanpa tunggu lama Farihah memeluk ibunya dan sepantas kilat naik ke bilik sambil tersenyum puas. Puas kerana dapat mengusik ibunya yang tercinta. Hehehe.
**********
Telefon bimbit Farihah berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Lambat-lambat Farihah mencapai telefon bimbitnya. Dengan keluhan berat, Farihah membaca pesanan ringkas yang diterima. Kacau betul baru je aku nak terlelap.
_ Bawal, kau dah tidur ke?
“Dia lagi?”
Aku mengeluh lemah, salah dia juga sebab laju je bagi nombor telefonnya pada mamat tu pagi tadi. Mesej itu dibiarkan sepi tanpa membalasnya. Farihah terkenang peristiwa pagi tadi.
**********
             Farihah akui perbualan mereka di warung pagi tadi pada mulanya agak tegang kerana berbalas-balas dengan ayat-ayat yang sinis tetapi entah kenapa lama kelamaan suasana menjadi tenang. Tiada lagi ayat-ayat sinis. Tiada drama bertegang urat yang ada kini cuma perbualan seperti kawan yang sudah lama kenal. Pelik.
              “Hmm kita baru 2 minggu kenal, eh tak maksud aku terserempak kat taman tu, kenapa kau panggil aku Bawal ek?” Tanya Farihah .
            “Soalan ke tu?” Hahaha. Gelak Firhad.
            “Firhad!”
            “Ceh nak gurau sikit pun tak boleh, entahlah mungkin sebab 2 minggu ni aku tengok kau pergi jogging asyik pakai tudung bawal tu yang spontan aku panggil kau Bawal. Lagi-lagi kalau kau tak layan bila aku panggil. Aku minta maaflah kalau kau tak selesa ke bila aku panggil kau Bawal,” tutur Firhad tenang.
            “Tak perlu nak minta maaf,  kau takde salah apa-apa pun. Aku cuma ingat kau ni dah spy aku dari zaman sekolah ke, sebabnya panggilan tu hanya kawan-kawan sekolah aku je yang tahu” jelas Farihah.
            “Oh, so tak kisahlah lepas ni aku panggil kau Bawal?”
            “Entah, ikut suka kau lah” Eh kenapa aku ni. Kenapa tak kesah? Ahh parah ni!
            “Bereh. Kau ni student UPM eh?”
            “Confirm ke kau tak spy aku dari dulu?” tegas Farihah.
            “Hah? Mana ada, woo kau jangan buat muka cuak sangat, aku nampak sticker UPM kat cermin kereta kau tu,” lurus cari telunjuk Firhad menunjukkan ke arah kereta Farihah.
            “Fuhhh, dah tu kenapa kau tanya aku lagi?”
            “Saja nakkan kepastian dari kau. Kiranya tempat belajar kita dekatlah. Aku budak Civil Engineering dekat UKM. Kau ambil kos apa kat UPM?”
            “Kosmetik!” jawab Farihah selamba.
            “Susah juga orang yang tak faham bahasa rojak ni. Kursus apalah ngek?”
            “Apa kau panggil aku?”
            “Nasiblah siapa suruh kau start dulu”
            “Yelah aku ambil Ekonomi, puas?”
            “Woww hebat! Aku nak nombor telefon kau boleh?”
            “Bak sini telefon kau,” telefon Firhad bertukar tangan dan tanpa berfikir panjang Farihah laju saja menekan satu persatu nombor.
            “Thanks tau, so kita kawankan sekarang?”
            “Tengoklah macam mana nanti. Jomlah balik aku dah penat ni,”
            “Jom. Terima kasih tau sudi breakfast dengan aku. Jumpa lagi. Assalamualaikum Bawal” sambil menghadiahkan senyuman manis kepada aku.
            Perlu ke nak senyum macam tu? “Tak habis-habis, yelah sama-sama senget. Waalaikumsalam.”
**********
            Hampir dua minggu selepas peristiwa aku tak membalas mesejnya, tiba-tiba Firhad menelefon aku pada malam itu. Kehilangan dia selama hampir 2 minggu membuatkan aku gundah dan terkadang rasa bersalah kerana tak membalas mesej darinya. “Takkan pasal tak balas mesej nak menghilang kot?” bisik Farihah di dalam hati. Dalam keadaan teragak-agak Farihah mengangkat juga telefon bimbitnya.
            “Assalamualaikum Cik Bawal. Laju je angkat telefon, rindu aku ke?” hahaha
            “Takde maknanya. Kau nak apa ni telefon malam-malam? jangan curi masa dari pewaris bangsa macam aku ni boleh?” tapi siapa yang tahu bagai nak gugur jantung tatkala mendengar perkataan ‘rindu’ yang dituturkan oleh Firhad. Iman Farihah kau rindu dia ke? betul ke bohong? Bisik Farihah.
            “Hmm tak mengaku pulak. Aku cuma nak wish good luck untuk kau, hari ni kelas dah start kan? So how?” tanya Firhad.
            “Yup. Terima kasih. Kau pun sama good luck Mr engineer untuk semester baru ni. Kelas okay je tapi awal-awal bosan sikitlah,” jawab Farihah.
            “Ohh…”
            Tiba-tiba sunyi sepi. Masing-masing diam tanpa kata. Dua saat, tiga saat dan hampir dua minit barulah Firhad bersuara.
            “Ehem, aku… aku nak minta maaf sebab menghilang dua minggu ni.” Jelas Firhad.
            Terpaku seketika Farihah. “Hah, perlu ke?” jawab Farihah.
            “Perlu rasanya, sebab aku takut kau tertunggu-tunggu aku.”
            “Perasanlah kau ni senget!”
            “Perasan tak perasanlah. Eh boleh tak kalau kita bersaya-awak pulak? aku-kau macam tak sesuai jelah”
            “Perlu ke?” Tanya Farihah.
            “Perlu ke…perlu ke…ketandusan ayat ke apa? cakap jelah setuju ke tak kan senang.” Tungkas Firhad.
            “Ikut kaulah, ni aku nak tanya pula boleh tak aku tidur sekarang?” sambil tangan mengemas buku di meja belajar.
            “Eh kata setuju kenapa awak masih beraku-kau pula? Okay-okay pergilah tidur sana. Good night awak. Assalamualaikum”
            “Ikut terma dan syarat tepat dua belas tengah malam ni baru otak aku berfungsi nak bersaya-awak dengan kau. Okay good night. Waalaikumsalam.” Tanpa menunggu balasan Farihah terus mematikan talian.
********
            Enam bulan sudah usia perkenalan mereka. Minggu berganti minggu mereka tidak pernah putus khabar. Kadang-kadang Farihah tak pasti kenapa dia mudah berkawan rapat dengan Firhad sedangkan dulu mereka sering mengeluarkan ayat-ayat sarkastik apabila bertemu. Pelik. Tapi sepanjang tempoh enam bulan ini hati Farihah bagai dijentik dengan satu rasa yang tidak pernah dia rasa selama ini. Sangat indah! Bah kan dia jadi nanar bila tidak mendapat sebarang berita dari Firhad walau pun cuma satu hari. Firhad rasa perasaan yang sama tak  ek? Keliru!
            Seperti yang dijanjikan mereka berjumpa di Chaiwalla cafe, The Curve. Dari kejauhan Firhad Nampak kelibat Farihah datang menghampiri.
            “Awak kejap”
            “Kenapa?”
            “Silakan duduk wahai cik bawal,” Firhad tersengeh sambil menarikkan sebuah kerusi.
            “Ingatkan apalah tadi. Hmm kenapa awak nak jumpa saya ni? Bunyi macam serious je sampai tak boleh tunggu hujung minggu ni.”
            “Memang penting. Tapi….awak jangan marah pula bila saya tanya ni.”
            Berdebar seketika Farihah. Apalah hal yang mahu Firhad katakan. “Hmm, cakaplah jelah apa yang awak nak cakap,saya dengar ni,” jawab Farihah sambil jari-jemari runcingnya bermain-main dengan straw minumannya.
            “Jom kahwin?” Tanya Firhad jujur.
            Terbeliak mata Farihah merenung tepat ke arah Firhad. “Cop..cop...awak ni kebas ayat novel mana? Tak pun drama melayu mana yang awak tiru ni hah?” Mahu pengsan jam tu jugak bila dengar Firhad ajak dia kahwin. Gila!
            “Saya tak ciplak dekat mana-mana pun, saya serious ni Far.”
            “What wrong with you, Firhad Iskandar,” jawab Farihah tegas. Dia kalau dah gelabah memang boleh tukar-tukar bahasa kadang-kadang bahasa jepun pun boleh. Okay itu tipu.
            “Kenapa? Walau pun selama enam bulan ni antara kita tak pernah luahkan rasa. Sekarang saya nak awak tahu yang saya suka awak, saya sayang awak, dan paling penting saya cintakan awak, Far.” Luah Firhad tenang.
            Terkejut Farihah mendengar luahan hati Firhad, maknanya dia tak bertepuk sebelah tanganlah selama ni? Bisik Farihah. “Saya tak suka awak, saya tak sayang awak dan dengar baik-baik yang saya tak cintakan awak!” bohong Farihah. Dia tiada jawapan kenapa dia sanggup menidakkan perasaannya terhadap lelaki yang berada dihadapannya sekarang. Keliru.
            Kecewa Firhad mendengar ayat yang dituturkan oleh Farihah itu. “Awak tipu!” Perlu ke awak nak sembunyikan perasaan awak tu? Saya dapat rasa yang awak pun ada perasaan yang sama terhadap saya. Tolonglah Far kenapa perlu awak nafikan sedangkan kita kongsi rasa yang sama.” bersungguh-sungguh Firhad menyakinkan Farihah.
“Itu semua cuma khayalan awak je Firhad. Hakikatnya saya langsung takde perasaan pada awak. Tolonglah faham Firhad. Dah saya nak balik sekarang.”
“Kejap Far. Awak pernah dengar ungkapan ni ‘di sebalik kejayaan seorang lelaki, adanya seorang wanita disampingnya dikala bangun mahupun jatuhnya seorang lelaki itu’. Far, saya nak awak yang jadi wanita tu. Saya nak awak menjadi yang halal buat saya yang mampu memberi kebahagian kepada saya dan menjadi tulang belakang saya untuk memberi sokongan disaat saya rebah,” bergetar suara Firhad menuturkan ayat-ayat itu.
Farihah bagai terbuai dengan kata-kata yang keluar dari mulut Firhad sebentar tadi. Tapi… “Cukup Firhad, cukup! Saya dah tak nak dengar apa-apa lagi dari awak. Saya nak balik.” Tanpa berlengah Farihah beredar dari situ, ingin pergi jauh dari Firhad.
“Far…Far….tunggu Far,”
Farihah menoleh. “Nak apa lagi?”
“Saya bagi tempoh seminggu untuk awak berfikir. Saya nak dengar jawapan awak minggu depan dekat taman yang biasa kita pergi tepat pukul 4 petang. Ingat Far, saya akan tunggu sampai awak datang.” Tanpa menunggu balasan Firhad meninggalkan Farihah begitu saja. Biarlah gadis itu berfikir, dia tidak mahu menganggu Farihah buat masa ini.
**********
            Kini tempoh seminggu yang diberikan oleh Firhad sudah tamat. Tapi Farihah masih keliru. Apa keputusan yang perlu diberikan kepada Firhad? Terima atau tolak lamarannya? Seminggu itu jugalah Farihah tidak tenang, setiap detik memikirkan perkara yang sama. Boleh migrain jadinya! Err. Kini yang pasti dia perlu tamatkan segala-galanya. Mungkin keputusannya akan menyeksa perasaannya sendiri lebih-lebih lagi Firhad lelaki yang mula bertapak dalam hatinya dan kini yang sedang berdiri tegak di hadapannya.
            “Berapa lama lagi kita nak jadi patung macam gini?” kata-kata Firhad yang berbaur sinis.
            “Awak dah sedia dengar keputusan saya?” Tanya Farihah tenang.
            “InsyaAllah saya dah bersedia dengan segala kemungkinan.”
            Beberapa kali Farihah menarik nafas sebelum menyambung kata-katanya. “Sebelum saya bagitahu awak keputusan saya, saya nak minta maaf jika keputusan saya ni akan mengecewakan awak. Firhad, saya…saya…saya tak boleh terima lamaran awak tu. Saya rasa kita hanya sesuai jadi kawan je. kita takde jodoh. Harap awak faham,”
            Kecewa. Ya pasti kecewa. Tapi dia perlu berusaha sehingga dia pasti yang Farihah bukan jodohnya. “Klise betul jawapan awak, hanya sesuai jadi kawan? Boleh tak awak berterus terang dengan saya, kenapa awak tolak lamaran saya? Apa salah saya mencintai seorang wanita yang bernama Iman Farihah?” bertubi soalan yang ditanya oleh Firhad.
            “Dahlah Firhad, awak sedar tak yang sekarang kita ni dah tahun akhir kat universiti. Perlu ke saya kejar cinta sedangkan cita-cita saya berkecai macam tu saja Firhad? Awak tahu tak cinta dan cita-cita tu dua perkara yang beza? Awak faham tak?” tegas Farihah.
            “Ya saya faham Far, saya tak akan halang cita-cita awak. Far, kita boleh study macam biasa, tu bukan penghalang untuk kita sama-sama bahagia. Saya percaya bila hubungan kita dah halal, kita berdua akan lebih berjaya dalam pelajaran. Kita sama-sama tempuh semua dugaan jika kita sokong antara satu sama lain. Tolonglah percaya saya, Far.”
            “Huh, mudahnya awak cakap. Awak tak fikir ke apa reaksi family kita? Awak ingat mereka akan setuju dengan semua benda yang mengarut ni?” Jawab Farihah. Kini dia tertanya sendiri, mengapa dia sanggup menyakiti Firhad sedangkan hatinya juga turut merana?
            “Kalau itu yang awak fikirkan, saya sanggup berhadapan dengan keluarga awak. Saya akan yakinkan keluarga awak yang saya mampu jaga dan membahagiakan awak dengan izin Allah,” rayu Firhad.
            “Tak perlulah Firhad. Saya rasa takde apa-apa lagi yang nak saya cakapkan. Saya balik dulu Firhad. Saya doakan yang terbaik untuk awak dan saya yakin awak akan berjumpa dengan wanita yang lebih baik. Firhad, saya minta maaf kalau saya sakitkan hati awak. Selamat tinggal.” Jika itu keputusan yang dia buat, kenapa dia rasa sedih? Paling membuatkan hatinya sebak kerana dia sanggup melukai lelaki yang benar-benar dia sayang. Farihah membuka langkah untuk pergi dari Firhad.
            “Far nanti dulu, itu je yang awak tahukan? Lari dan terus lari.” Firhad memandang Farihah, mungkin ini yang terakhir kalinya dan dia cuba tersenyum walau pun hatinya benar-benar terluka. “Saya ingat saya berjaya lembutkan hati awak untuk terima saya, tapi saya silap sebab hati awak lebih keras dari batu Far. Mungkin betul cakap awak yang kita tak berjodoh, saya akan didik hati saya untuk melupakan awak. Kalau ini yang awak mahukan, awak tak perlu lari dari saya sebab saya sendiri akan pergi dari hidup awak Far. Selamat tinggal Iman Farihah.” luah Firhad dengan hati yang sebak. Firhad melangkah tanpa menoleh kebelakang lagi.
            Air mata Farihah yang cuba ditahan akhirnya gugur juga. Dan kini dia betul-betul kehilangan. “Saya minta maaf, saya minta maaf sangat-sangat pada awak, Firhad.” Farihah menuturkan ayat itu dengan linangan air mata. Dia sudah terlambat.
**********
“Boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Boleh jadi kamu sukakan sesuatu, padahal buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”
           
            Benarlah perancangan Allah lebih indah, kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Walau pun kejadian itu berlaku dua bulan yang lalu tapi dia akan ingat sampai bila-bila. Dan kini Farihah kembali mengimbau peristiwa dua bulan yang lalu.
**********
            Baru Farihah sedar, dia tidak akan bahagia tanpa Firhad disisinya. Aku mesti cari dia sampai jumpa dan terima dia. Farihah bermonolog dalam hati. Farihah menyeka air matanya dan sepantas kilat dia bangun sambil matanya melilau ke kanan dan ke kiri untuk mencari kelibat lelaki yang paling dia saying. Namun hampa, tapi dia tidak boleh berputus asa. Agak sukar untuk dia mencari susuk tubuh Firhad kerana terlalu ramai manusia di taman.
            “Firhad mana awak? Saya minta maaf pada awak, saya sedar saya pentingkan diri sendiri tanpa fikirkan perasaan awak. Saya…saya…saya sayangkan awak, Firhad,” luah Farihah sambil menangis. Akhirnya Farihah lelah untuk mencari Firhad, mungkin juga Firhad sudah meninggalkan taman ini, tanpa dibendung Farihah menangis teresak-esak dan terduduk di atas rumput.
            “Kenapa awak menangis? sebab kecewa? sedih? ataupun terluka?” tutur seseorang.
            Suara itu persis suara Firhad, tapi tak mungkin! Baru beberapa minit ditinggalkan oleh Firhad dia sudah jadi gila bayang. “Firhad mana awak pergi?” desis hatinya.
            “Ada ni depan awak. Tapi yelah orang tu tak sudi pun nak pandang saya, sentap!”
            Tanpa bertangguh lagi Farihah terus mendongak. Alangkah terkejutnya dia kerana suara itu memang milik Firhad. Dari celah mana mamat ni muncul? Yang penting kini Firhad depan matanya. “Awak… awak jahat!” jawab Farihah hiba, tapi hakikatnya dia cukup bahagia.
            “Aik? Kalau saya jahat, dah lama saya apa-apakan awak, ni tak saya beri awak kasih sayang lagi tau, tu pun tak sudi nak terima,” tutur Firhad dengan nada yang pura-pura sedih.
            “Sampai hati awak cakap macam tu, saya tak kejam sampai tak terima awaklah,”
            “Far, saya nak tanya awak buat kali yang terakhir. Sudi tak awak jadi yang halal buat saya?
            Kerana perasaan malu yang menggunung, Farihah hanya mengangguk menandakan dia terima lamaran Firhad, apatah lagi drama sebabak ini disaksikan oleh ramai orang. Ahh malunya! Baru dia perasaan kini seluruh taman itu dipenuhi belon berwarna merah yang berbentuk hati dan membuatkan dia terharu apabila melihat ayat ‘Firhad Iskandar love Iman Farihah’ pada belon-belon tersebut. Aku kembali menatap wajah Firhad dengan 1001 rasa.
            “Kenapa awak pandang saya macam tu? Tak suka ke?” Tanya Firhad sedikit gelisah.
            “Tak, saya cuma terharu. Terima kasih Firhad,” tutur Farihah dengan ikhlas.
            “Sama-sama. Bulan depan kita nikah tau?” ceria suara Firhad.
             Farihah hanya tersenyum. Andai itu yang ditakdirkan, dia terima dengan hati yang terbuka dan ikhlas.
**********
            “Sayang…sayang…hah kat sini pun, penat abang tunggu kat bawah,kata nak ambil telefon sekejap je ni tak mengelamun pula. Ingat siapa? kekasih gelap ke?”
            “Eii merepek je abang ni, mana ada. Far teringat kat abanglah. Sedar tak sedar sebulan dah kita jadi suami isteri. Terima kasih abang sebab memahami dan sentiasa bagi semangat pada Far. Betul cakap abang bila hubungan dah halal lebih mudah kita berjaya, apatah lagi kalau dapat restu sorang suami. Terima kasih abang.”Ucap Farihah sambil menyalami tangan suaminya.
            Tak perlu berterima kasih dengan abang. Sepatutnya abang yang perlu berterima kasih dengan sayang sebab sudi terima abang. Paling penting sayang terima abang tanpa ada syarat, abang benar-benar bersyukur. Terima kasih sayang,” balas Firhad.
            “Alhamdulillah, kerana jodoh kita disatukan. Far bahagia sangat. Far sayang abang”
            “Abang pun sayang Far sangat-sangat. Jomlah, nanti lambat pula kita pergi rumah ibu. Abang dah terbau-bau rendang ibu, jom.” Ajak Firhad sambil menarik tangan Farihah untuk berdiri.
            “Amboi lapar bebenor suami Far ni, yelah jom tuan puteraku.” Farihah bangun sambil mengikut langkah suaminya. Semoga perkahwinannya akan terus utuh dan dilimpahi rezeki yang halal untuk mereka sekeluarga.

-T A M A T-


"Awalnya aku CURI-CURI SUKA tapi aku sedar DIA YANG AKU PILIH dan mengapa perlu mengecapi BAHAGIA DALAM RAHSIA sedangkan JODOH ITU MILIK KITA"

#Terima kasih sebab sudi baca cerpen pertama ini :)  









dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Wednesday, 26 February 2014

wordless wednesday

Assalamualaikum w.b.t

Embedded image permalink


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)