Saturday, 8 March 2014

Pray For MH 370

Assalamualaikum w.b.t.



Pagi-pagi lagi bangun terus buka tv sebab nak tahu perkembangan tentang kehilangan pesawat MH 370. Aku yang duduk rumah ni pun berdebar nak tahu perkembangan tentang kejadian apatah lagi ahli keluarga penumpang dan crew kapal terbang yang berada di KLIA. Sama-samalah kita doakan supaya urusan pencarian pesawat MH 370 dipermudahkan. #PrayForMH370

Dan TOLONG, TOLONG....TOLONG jangan buat spekulasi liar yang boleh menganggu emosi ahli keluarga dan rakyat. Sebab khabar angin yang disebarkan belum tentu sahih dan boleh mendatangkan fitnah. Dari semalam banyak berita palsu yang disebarkan, harap semua orang peka dan jangan sentuh hal-hal yang sensitif. 

Teruskan berdoa agar 'kotak hitam' dapat ditemui dan sekali gus dapat mengesan pesawat MH 370. Di samping itu, doakan semoga ahli keluarga dalam keadaan tenang dan tabah. Mengharapkan berita positif dari tempat kejadian. Amin


#PrayForMH370 



dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)