Saturday, 28 June 2014

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah tahun ini dapat sambut bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarga. Sebelum terlupa saya nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada mereka yang mengenali diri ini dan kepada semua rakan blogger. 

Tahun ini merasa puasa waktu bekerja. Tak tahulah apa gayanya nanti. Harap budak-budak tu semua behavelah kalau tak teachers korang pengsanlah kat tadika. Hehe. Tapi yang penting ini dugaan yang aku kena sahut untuk bulan puasa pada tahun ini.

Pendek betul entri kali ini,tak larat nak taip banyak. Haha. Alasan semata-mata. Okay jangan ponteng puasa. Salam Ramadhan semua 😊


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

Saturday, 21 June 2014

Kedekut.

Assalamualaikum..

Kematu dah tangan sebab dah lama tak menaip dekat blog ni. Berhabuk gila, okay ni penipu..haha. Lebih kurang dua bulan lebih juga tak update blog. Last update bulan tiga hari tu, perghh memang lama.
Aku masih bekerja lagi tu yang takde masa nak update, balik rumah je dah penat pastu memang tv kemana, facebook kemana lagilah blog kan? Nak tahu tak aku kerja apa? Jeng jeng jeng.......



So dah tahu? Yeahh aku cikgu tadika,hehe.. Ni kali pertama aku bekerja dan aku rasa pengalaman paling seronok. Dulu lepas STPM ibu ada tanya nak kerja apa, then aku spontan jawab kerja cikgu tadika. Infact ni tempat kerja pertama aku cari dan aku diterima. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku nak cari kerja dan sampai sekarang aku masih bekerja. Mungkin aku bekerja sampai dapat keputusan masuk universiti, tapi sayang nak tinggalkan budak-budak dekat tadika ni,,huhu...

Okay tajuk entry pun 'KEDEKUT' so aku malas nak taip panjang lebar,hahaha. Ohh ya students aku panggil aku Teacher Magic..hahaha. and i like the nickname very much :D


dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)