Sunday, 21 September 2014

Campus Life.

Assalamualaikum w.b.t

Lama betul tak update ms.blog ini tup tup tajuk entry kali ini terus 'Campus Life'. Yup, aku dah hampir sebulan jejakan kaki ke alam universiti. Hanya mampu ucapkan Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... Bersyukur sangat-sangat sebab aku tercalon dalam senarai nama yang berjaya masuk ke IPTA. Keputusan upu ni keluar 12/08/2014 hari tu, nak jadikan cerita aku ini jenis nervous tak bertempat. Kalau dah kronik sangat memang masuk tandas lebih 3 kali..haha. Serius seram okay nak tahu future kita. Bila dah banyak call dan mesej masuk lagi aku gelabah, seingat aku masa tu aku je tak check lagi, kawan-kawan yang lain dah check, macam manalah aku tak gelabah dorang asyik gasak dengan soalan 'kau dah check belum?' 'dapat universiti mana?' Faham tak nervous tu apa? Hahaha.. Aku fail bab-bab gini, memang akan jadi orang last yang check apa-apa result. Haha. Dan bila dah dapat ketenangan aku pun check...jeng...jeng..jeng...



Fuhhh lega bila nampak perkataan TAHNIAH! Serius masa ini rasa gembira gila,tak pernah rasa gembira macam ni sekali bila dapat masuk universiti. Lepas tu aku terdiam kejap tau, barulah tengok aku dapat course apa dan dapat universiti apa. Tetiba aku terus diam. Terfikir betul ke aku tengok ni, ke aku salah tengok. Adalah juga dua tiga kali aku check balik. Tak percaya pula dapat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebab aku just target UITM atau UUM je. Tapi perancangan Allah itu hebat, Alhamdulillah aku diberi rezeki masuk UKM yang sangat gah dan superb. 

Bagai mimpi dapat jejakkan kaki di UKM.

Hari tu aku senyum sampai ke telinga. Bukan apa rasa seronok bila dapat hadiahkan result ini pada ibu dan ayah aku. Dorang pun nampak happy sangat. Alhamdulillah. Ohh ya, bestfriend aku pun dapat masuk universiti, dia dapat UPSI, kitaorang pergi ujian medsi sama-sama tapi rezeki dia lagi panjang kat sana tu yang 'teacher ida to be',hehe.. Tapi sedih weyhh sebelum ini orang kata kiteorang ni kembar,mana-mana pergi mesti ada sama. Tup tup seorang ke Perak, sorang ke Bangi. Takpe demi capai segulung ijazah. Bukan jauh pun (saja pujuk hati). Pape aku tetap sayang kau sahabat :)

1 September 2014 bermulalah kehidupan baru dia alam kampus. Homesick!! Ingat lagi sebelum family balik dan tinggalkan aku kat kolej. Apa lagi sesi babak air mata bermula. Serius sebak gila sebabnya aku tak pernah berjauhan dengan family, first time keluar dari rumah. Sebelum family balik air mata aku dah start bergenang je. Abang aku kononnya macho,kononlah tapi aku nampak juga air mata dia bergenang tapi buat senyum,ciss poyo belaka..Hahaha. Hari pertama dah start rindu,dengar suara ana aku dah start bergenang air mata, tisu sangat agaknya. Tapi Alhamdulillah seminggu je homesick pastu dah busy dengan daftar course dan urusan citra ukm.

Kat sini aku dapat Kolej Keris Mas (KKM). Syokk gila sebab barang-barangnya semua baru. almari,katil dll. Excited juga, tapi penat sikitlah sebab blok aku ni jauh dari cafe. So kalau malas menguasai diri memang aku tak pergilah cafe, rela duduk kat bilik je. Haha. Roomate aku pun best juga,sempoi je, Alhamdulillah setakat ini tak menyusahkan aku langsung. Terima kasih wawa :)

Hari pertama kuliah aku dah salah tempat.Hahahaha. Mati-mati ingat kelas tu kat fakulti rupanya kat pusat bahasa. Apa taknya just tulis 'DK BA'. Dewan kuliah biasanya memang ada kat fakulti manalah tahu pusat bahasa tu pun ada satu je dewan kuliah.Haha. Dah sesi mengejar bas, nasib baik sempat. Aku ingat aku sorang je salah, rupanya ramai so taklah bengang sangat..hehe. Lepas hari tu dah tak salah lagi, Alhamdulillah. Setakat ini untuk course Linguistik memang banyak kuliahnya kat pusat bahasa je, so taklah huru-hara sangat. Banyak lagi nak cerita tapi aku malas nak menaip pulak. so usha jelah gambar yang entah berapa keping je ada kat henset aku ni..

Sesi fotografi untuk kos linguistik. Baru 2 minggu masuk kelas dah ambil gambar,huhu..

Haa ni lah roomate aku, wawa namanya. dia memang sporting  habis, suka selfie..


Yang ni pula nurul orang sabah bah., first time kenal kat bus stop. Dia ni lawak juga kadang-kadang. Dia pun suka selfie. Pastu aku ni memang tak pandai selfie,dia boleh ajak pula. Layankan juga.best plak selfie ni..Hahaha. Parah!



Okay bye2. To be continue (mungkinlah kalau rajin)
Assalamualaikum :)





dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)