Friday, 9 January 2015

Entah apa-apa

Assalamualaikum w.b.t

Pening dah baca slide nota. Sesungguhnya gap exam 8 hari sangat menyeksakan. Dah ramai sorong beg roda, jiran kiri kanan pun dah balik, nasib baik ada roomate TAPI aku nakkk balikkkkkkkk~ *jeritan perantau

Okay lupakan pasal balik rumah, sebab nak tak nak aku dapat balik rumah 21hb juga. Disebabkan aku rajin terlebih malam ini, aku update blog yang bosan ini. Haha. Malam ini aku nak senaraikan semua plan yang aku nak buat masa cuti sem, kira macam target aku. Banyak juga nak buat, tapi dapat buat dalam 70% pun dah okay.

1. Topup tidur plus susun balik kitaran tidur aku. 
2. Tengok muka ibu ayah puas-puas (lepas rindu)
3. Topup balik skill memasak yang dah hilang sikit sejak masuk ukm ini.
4. Hantar dan ambil adik balik sekolah *confirm wajib*
5. Pergi sekolah jumpa cikgu-cikgu 
6. Haa apa lagi reunion dengan kawan-kawan aku.
7. buat part time *kena fikir balik, tapi bos asyik tanya je,huhu..
8. Study sikit-sikit subjek sem 2, sebab tough sangat ;'(
9. Drive puas-puas
10. Jogging.
11. Baca buku yang beli kat big bad wolf.
12. Makan!!
13. Luangkan masa dengan family.

Setakat ini je kot yang nak dibuat. Tapi kalau ada banyak lagi best. Cuti pun tak lama, kena naik awal sebab ada kerja nak dibuat kat kolej. Btw apa korang rasa kalau ada orang nyanyikan lagu-lagu ini? *tetibe* Okay bye. Selamat Malam :) Hayatiiiii


DAN




dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

1 orang sedang mengayat!:

Fadzi Razak said...

Mesti rasa stress je tengok orang lain sorong beg hahahaha. sabau ye