Wednesday, 1 July 2015

Tak sangka woii~

Assalamulaikum w.b.t


Firstly Salam Ramadhan semua. Hampir kepertengahan ramadhan. Alhamdulillah. Hmm pejam celik pejam celik dah dua minggu juga stay rumah. Alhamdulillah dapat berpuasa dengan family. Happy woiii, just satu hari je puasa kat kolej. Atleast dapat merasa berpuasa diperantauan dengan kawan-kawan (perantauanlah sangat). Dan tarawikh sesama dengan budak berdua tu.

Tak sangka tahun pertama pengajian kat UKM dah habis dan next sem dah tahun dua. Jadi senior kata kau. Boleh dikatakan aku relaks masa sem 1, aku tersangatlah free sampai sempat pergi jalan-jalanlah. Masuk je sem 2, mak aiii busy kemain mengalahkan kak mah. Banyak program yang aku join, paling best volunteer banjir di Temerloh tu memang tak boleh lupa. Program paling besar aku join mestilah program kolej. The best moment. Banyak pengalaman aku dapat, macam mana nak handle sesuatu program tu. Alhamdulillah jawatan Eksekutif Sukan yang aku pegang dapat dilaksanakan dengan baik disebabkan ada TAZ dan AJK2 yang sentiasa bagi sokongan.

Dan sem 2 aku makin kenal ragam manusia. Tak sangka juga kat universiti ini aku jumpa macam-macam manusia. Yang penting jangan terlalu percayakan orang yang baru kenal. Kena hati-hati dan kena pandai cari kawan. Alhamdulillah sepanjang duduk sini kawan-kawan kat kelas dan kolej pun semua sekepala, memang best. Dorang ni penganti bila family jauh nun di Johor. Okay, dah-dah lah tu, jom kita tengok gambar biar gambar berbicara pulak. 



Ni insan-insan yang ke hulur ke hilir sama-sama. 


Masa program kolej. Miss this moment 


Coursemate yang awesome.


sangat memahami..


Rinduuuuu


Masa sini cuti hari pekerja. Muka-muka tak sedar nak exam sem 2. haha


Mas mis mus. Hahaha. 


Ni baju korporat kiteorang. Cantik tak? tengoklah sapa yang pilih design..haha






dah BACE? so KOMEN lah pape yang patut :)

0 orang sedang mengayat!: